PENGENALAN LOKASI/TEMPAT

Maklumat Kedudukan & Peta - Negeri Pahang

Pahang Darul Makmur merupakan antara negeri yang terletak di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan bersempadan antara selatan Negeri Terengganu dan Kelantan, bersebelahan dengan Negeri Perak dan Selangor, utara Johor, dan Laut China Selatan di Timur.

 

Maklumat Kedudukan & Peta - Daerah Maran

Maran merupakan daerah yang ke 10 daripada 11 daerah di dalam Negeri Pahang. Bandar Maran ini terletak di antara daerah Kuantan, Temerloh dan Jerantut. Keluasan Daerah Maran ialah 1995.59 kilometer persegi. Daerah Maran ini meliputi kawasan bandar, perumahan luar bandar, kawasan rancangan Tanah Felda, dan perkampungan Orang Asli. Terdapat 4 buah mukim dalam daerah Maran ini yang mempunyai jumlah penduduk lebih 100,000 orang yang merangkumi 20 buah rancangan Tanah Felda, 3 buah perkampungan Melayu dan 2 buah perkampungan Orang Asli.

(sumber : Maran-wikipedia Bahasa Melayu)

 

 DAERAH  1,995.59 km persegi 
 Mukim Luit 587.93 km persegi 
 Mukim Bukit Segumpal 90.65 km persegi 
 Mukim Chenor 1,169.38 km persegi 
 Mukim Kertau   147.63 km persegi 

 

iii) Ahli Parlimen/ DUN kawasan