Masjid Jamek As-Solihin Jengka 3

Masjid As-solihin Jengka 3 ini telah ditubuhkan pada tahun 1970-an sejajar dengan pembukaan Tanah Rancangan Felda Jengka 3 ini. Pelbagai inovasi telah dibuat semenjak penubuhannya dari segi rekabentuk dan keluasan bangunan. Masjid ini dapat menampung seramai 1000 jemaah. Pelbagai program dan aktiviti diadakan di Masjid ini seperti Solat Harian, Solat Jumaat, Solat Hari Raya, Solat Jenazah, Program Korban, Jamuan Puasa, Pembelajaran Tajwid & Kitab, Kursus Haji & Umrah, Acara Nikah, Kenduri Arwah, Ceramah Agama dan sebagainya

Facebook : https://www.facebook.com/Masjid-As-Solehin-Felda-Jengka-3-762559577161546/?fref=ts

masjidjengka3.blogspot.sg.


 Perhentian Bas Jengka 3

Perhentian bas ini telah dibaikpulih dan diperbaharui oleh Majlis Daerah Maran pada 2010. Ia adalah perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan komuniti Jengka 3 dan merupakan tempat hentian bas laluan Jengka - Kuantan dan bas laluan Jengka - Temerloh.


 Pejabat Pos Mini

Pos mini ini terletak bersebelahan Kedai D'Mart. Pelbagai perkhidmatan disediakan seperti pos ekspress, jualan stem, sampul surat, pembayaran Bil Astro, TM bhd, Bil Air, Bil Elektrik dan sebagainya.

Waktu operasi 8:30 pagi - 5:00 petang


 Taman Rekreasi dan Permainan Kanak-kanak

Taman rekreasi dan permainan kakank-kanak ini terletak berhampiran kawasan perumahan kakitangan Kilang Sawit Jengka 3. Ia merupakan kawasan permainan kanak-kanak kawasan sekitar.


 Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3

Dewan ini terletak berhampiran pintu masuk ke Felda Jengka 3 dan bersebelahan Padang Bola Sepak Jengka 3. Pelbagai program, aktiviti dan pertandingan telah diadakan di sini. Ini kerana dewan ini dapat memuatkan lebih kurang 1000 orang. 


 Pusat Khidmat Masyarakat

Pusat Khidmat ini telah didirikan di Jengka 3 bagi memudahkan masyarakat sekitar terutamanya kawasan DUN Kuala Sentul yang meliputi Jengka 3, Jengka 2, Jengka 4, dan Sungai Jerik untuk berurusan dengan wakil rakyat.

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (9:00 pagi - 5:00 petang)

No Tel : 09-4764302

No Hp : 012-9218786/ 010-9005757


 Pejabat Penghulu Mukim

Pejabat Penghulu Mukim ini telah ditubuhkan pada tahun 2012. Ia dibina bagi urusan kependudukan kawasan Mukim Chenor.

Waktu Berurusan : Isnin - Jumaat (8:30 pagi - 5:00 petang)

 


Pejabat FELDA Jengka 3

Pejabat Felda ini ditubuhkan sejajar dengan pembukaan Tanah Rancangan Felda Jengka 3. Terdapat lebih 10 orang kakitangan yang berkhidmat dalam organisasi ini. Ia merupakan tempat berurusan masyarakat berkaitan Penduduk, Ladang Sawit, Ternakan, Tanah dan gaji peneroka Felda Jengka 3. 

Waktu Berurusan : Isnin - Jumaat (8:30 pagi - 5:00 petang)


 Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC)

Pusat CCSC ini adalah organisasi di bawah penyeliaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri. Ia ditubuhkan untuk memulihkan  mereka yang mempunyai masalah penagihan dadah. Pusat ini mempunyai 4 orang kakitangan yang bertugas dan 12 orang penghuni

No Tel : 09-4764124

Faks : 09-476412

Website : www.adk.gov.my


 Kedai D’Mart

Kedai D'Mart ini merupakan tempat jualan barang keperluan harian seperti beras, gula, tepung dan sebagainya. Ia menyediakan kaedah bayaran melalui sistem pemotongan gaji bulanan. Hal ini membolehkan peneroka mengambil barang di sini dan dibayar pada setiap hujung bulan mengikut kuota yang disediakan.

 


Perkhidmatan Mesin ATM (Maybank)

Mesin ATM (Maybank) ini telah beroperasi pada Jun 2015. Mesin ini terletak berhampiran Pejabat Felda Jengka 3. 


 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Felda Jengka 3

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang terletak di Rumah Rakyat Felda Jengka 3 ini ditubuhkan untuk kemudahan orang ramai terutamanya Warga Emas sekitar Jengka 3. Pelbagai aktiviti diadakan setiap minggu seperti ceramah agama, kelas fardhu ain, kelas marhaban, gotong-royong dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan seperti alat senaman yang boleh digunakan oleh warga emas setempat. Aktiviti yang diadakan adalah mengikut jadual seperti berikut :

HARI AKTIVITI
ISNIN KELAS AGAMA
SELASA KELAS MARHABAN
RABU          AKTIVIT LUAR (BERKEBUN, GOTONG ROYONG)
KHAMIS KELAS FARDHU AIN
JUMAAT KELAS IQRA'

   Gelanggang Sukan Pelbagai Guna Felda Jengka 3

Gelanggang sukan pelbagai guna yang disediakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia ini menyediakan padang futsal, padang bola jaring serta taman permainan kanak-kanak. Gelanggang sukan ini amat bermanfaat untuk kegunaan komuniti setempat untuk mereka melakukan aktiviti riadah dan bersukan di masa lapang.


   Taman Permainan Kanak-Kanak JKKK Felda Jengka 3

Taman Permainan Kanak-kanak yang disediakan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Jengka 3 ini dibina untuk kemudahan orang ramai membawa anak-anak untuk melakukan riadah di waktu petang. Lokasi Taman Permainan ini terletak berhampiran Pusat Internet Felda Jengka 3.