Pusat Rawatan Alternatif & Urutan Saraf d'Emma yang pada mulanya memberikan perkhidmatan dari rumah ke rumah mula beroperasi di sebuah kedai di Jengka 3 beberapa minggu yang lalu. Pusat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti sauna@tangas, melayu massage, terapi saraf, resdung, facial, mandi bunga,mandi herba dan banyak lagi. Pelanggan yang berminat dengan perkhidmatan beliau boleh menempah sesi temu janji sebelum hadir ke premis berkenaan yang dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

Nama Usahawan : Sahimah Bt Mat Sarif

Nama Produk@Syarikat : Pusat Rawatan Alternatif & Urutan Saraf d'Emma

Alamat :  No.4 Kedai Batu Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 017-3523315     

Facebook : Sahimah Spa

 

Bundle RAR adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian terpakai dan telah beroperasi setahun yang lalu. Terdapat pelbagai jenis barang-barang terpakai untuk dewasa serta kanak-kanak seperti baju tshirt, seluar, beg, kasut dan banyak lagi. Lokasi kedai adalah di jalan utama bersebelahan stesen minyak BHP. Beliau turut mempromosikan kedai bundle ini di Facebook dan Whatsapp untuk meluaskan lagi pasaran. Selain penduduk di Jengka 3, kedai ini turut dikunjungi oleh pelanggan di sekitar Jengka dan Maran. Malah barang-barang ini juga boleh dipos keseluruh Malaysia kerana terdapat juga pelanggan jauh yang membeli secara atas talian.

Nama Usahawan : Salmy Bt Jaafar 

Nama Produk@Syarikat : Bundle RAR

Alamat :  Kedai Batu Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 011-2372 2945

Facebook : Salmy Jaafar

 

Kebun Tepi Rumah merupakan sebuah perusahaan tanaman yang dimiliki oleh Encik Khairul di kediaman beliau di Felda Jengka 3. Pelbagai jenis tanaman dan benih diusahakan seperti pokok buah-buahan, pokok hiasan, pokok herba dan sebagainya. Mereka yang berminat boleh terus ke rumah untuk memilih sendiri pelbagai jenis tanaman yang terdapat di situ. Produk-produk tersebut turut diniagakan di pasar-pasar tani berhampiran Bandar Jengka dan secara atas talian (Facebook & Shopee).

Nama Usahawan : Mohamad Khairul B. Baharum

Nama Produk@Syarikat : Kebun Tepi Rumah

Alamat :  No.1 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 011-1858 2805    

Facebook : Kebun Tepi Rumah

Homestay Sri Dahlia yang terletak di Felda Jengka 3 diuruskan oleh Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di sini. Persatuan tersebut telah menyediakan penginapan rumah inap ini sejak setahun yang lalu. Rumah inap ini terdiri daripada 2 unit berkembar dimana kedua-dua unit mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Rumah inap ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen, katil, dapur, sejadah dan sebagainya. Orang ramai yang datang ke Felda Jengka 3 atas pelbagai urusan memilih untuk menginap disini kerana lokasi yang berdekatan dengan kedai runcit dan kedai makan di samping keadaan rumah inap yang bersih dan selesa.

Diuruskan Oleh : Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jengka 3

Nama Produk@Syarikat : Homestay Sri Dahlia

Alamat : Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 011-2942 5426 @ 014-849 2567

Terapi D'Emma menyediakan perkhidmatan Spa secara bergerak (Mobile Spa) dari rumah ke rumah pelanggan yang memerlukan perkhidmatan seperti urutan refleksologi, rawatan selepas bersalin, rawatan urutan pelbagai penyakit dan lain-lain. Beliau turut menyediakan perkhidmatan Spa di kawasan riadah di Lubuk Ujid setiap hujung minggu dimana pengunjung boleh mendapatkan rawatan urutan ketika beriadah di situ. Selain itu, beliau turut menyertai pelbagai jenis karnival diserata negeri dengan mambuka booth Spa kepada pengunjung yang hadir.

Nama Usahawan : Sahimah Bt Mat Sarif

Nama Produk@Syarikat : Terapi D’Emma

Alamat :  No.224 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 017-3523315     

Facebook : Sahimah Spa

Sub-kategori