Nama Produk : Roti Homemade

Nama Pengusaha : Hamidah Bt Abdul Razak

Lokasi : No. 44 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 013-4274007

Merupakan usahawan di Jengka 3 yang menjual produk berasaskan roti yang dihasilkan sendiri di rumahnya. Terdapat pelbagai jenis roti seperti Roti Sosej, Mini Pizza, Bunga Kemboja, Caterpillar, Chic Floss dan Golok. Beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah pelanggan sekitar Jengka 3. Harga yang di tawarkan juga berpatutan. Beliau turut membuat promosi berkaitan produk di dalam Facebook & Whatsapp.

Nama Produk : Peria Crispy & Bawang Putih Crispy

Nama Pengusaha : Masseturah bt Sulong

Lokasi : No. 79 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 017-3718208

Merupakan usahawan di Jengka 3 yang menjual produk bergoreng seperti Peria Crispy & Bawang Putih Crispy. Terdapat dua perisa iaitu original dan pedas. Beliau menghasilkan produk di rumah dengan bantuan suami dan membuat penghantaran di sekitar Jengka 3. Mendapat sambutan dari penduduk setempat kerana kerangupan yang luar biasa. Beliau turut membuat promosi berkaitan produk di dalam Facebook & Whatsapp.

 

Nama Produk : Nasi Lemak

Nama Pengusaha : Nur Ilia Farhana bt Abdul Razak

Lokasi : No. 114 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon :019-649 7244

Nur Ilia menjual pelbagai menu nasi lemak setiap pagi di kedai yang terletak bersebelahan stesen minyak BHP di Jengka 3. Terdapat pelbagai menu nasi lemak seperti nasi lemak telur, nasi lemak ayam, pelbagai jenis mee goreng dan bihun goreng dan banyak lagi. Pelanggan yang datang boleh terus menjamu selera di kedai. Beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah melalui tempahan di Whatsapp dan juga Facebook. 

 

Nama Produk : Burger Ayam, Roti Sosej & Kuih Muih

Nama Pengusaha : Siti Hajar Binti Ismail

Lokasi : No. 299 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 018-372 5963

Merupakan usahawan di Jengka 3 yang menjual roti sosej, burger Malaysia dan pelbagai jenis kuih-muih seperti pau goreng, donut sira, burger Malaysia, bubur, chakoi dan sebagainya. Beliau berniaga di gerai yang terletak berhampiran Kolam Ikan Jengka 3 dan turut menyediakan perkhidmatan hantar ke rumah pelanggan setiap petang. Beliau membuat promosi berkaitan produk di dalam Facebook & Whatsapp.

Nama Produk : Pelbagai Jenis Tart 

Nama Pengusaha : Rozanna Bt Che Hassan

Lokasi : No. 107 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 019-866 9082

Rozanna merupakan seorang menantu yang tinggal di Jengka 3 sejak berkahwin dan telah menjadi ahli PEDi Felda Jengka 3 sejak empat tahun yang lalu. Beliau menjual pelbagai jenis tart seperti Tart nenas, Tart blueberry dan Tart cadburry. Beliau mempromosikan produknya apabila hampir musim perayaan melalui platform Whatsapp dan juga Facebook di mana pelanggan dapat membuat tempahan terus melalui atas talian. Beliau mengambil tempahan awal untuk memastikan semua pelanggan mendapatkan tempahan kerana jualannya sangat menggalakkan semasa musim perayaan.