Nama Produk : Sate & Kerabu Maggi

Nama Pengusaha : Saila Binti Saleh

Lokasi : No. 272 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 011-3917 4020

Puan Saila berniaga secara kecil-kecilan bermula dari rumah sejak 3 tahun yang lalu. Beliau menjual sate daging dan ayam yang diperap menggunakan rempah yang dibuat sendiri dan membakar sate tersebut dirumah lalu membuka tempahan sate di Whatsapp. Beliau menerima tempahan yang banyak menjelang musim perayaan. Selain itu, beliau turut menjual Kerabu Maggi dan Kerabu Suhun. Tempahan yang diterima adalah sekitar Jengka 3 melalui promosi yang dijalankan atas talian seperti di Whatsapp dan Facebook.