Nama Produk : Pelbagai Jenis Tart 

Nama Pengusaha : Rozanna Bt Che Hassan

Lokasi : No. 107 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 019-866 9082

Rozanna merupakan seorang menantu yang tinggal di Jengka 3 sejak berkahwin dan telah menjadi ahli PEDi Felda Jengka 3 sejak empat tahun yang lalu. Beliau menjual pelbagai jenis tart seperti Tart nenas, Tart blueberry dan Tart cadburry. Beliau mempromosikan produknya apabila hampir musim perayaan melalui platform Whatsapp dan juga Facebook di mana pelanggan dapat membuat tempahan terus melalui atas talian. Beliau mengambil tempahan awal untuk memastikan semua pelanggan mendapatkan tempahan kerana jualannya sangat menggalakkan semasa musim perayaan.