Nama Produk : Burger Mini & Piza Mini

Nama Pengusaha : Teuku Ira Akmal Bt Teuku Nordin

Lokasi : No. 353 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 013-7678503

Puan Ira merupakan suri rumah yang menjalankan aktiviti perniagaan di hadapan rumahnya. Beliau membuka gerai berhampiran rumahnya dan menjual pelbagai jenis menu terutamanya burger mini dan piza mini. Selain itu, beliau turut menjual ayam goreng penyet dan pelbagai jenis minuman termasuk 'ice blended'. Beliau mempromosikan produk melalui media sosial seperti Facebook dan whatsapp. 

Nama Produk : Face Mask 2 Layer

Nama Pengusaha : Hamidah bt Malek

Lokasi : No. 3 Kedai Batu Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 013-9185198

Puan Hamidah merupakan usahawan pakaian di Felda Jengka 3. Sejak dunia mengalami pendemik covid19, tercetus idea beliau untuk menghasilkan Face Mask Fabrik yang dihasilkan terus dari kedai beliau iaitu Sri Intan HM Enterprise. Pelbagai jenis face mask dihasilkan antaranya Face Mask Merdeka, Face Mask Malaysia-Pahang mengikut saiz pelanggan. Selain itu, beliau turut menghasilkan pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, jubah, telekung dan sebagainya. Beliau banyak mempromosikan produk melalui media sosial seperti Facebook dan whatsapp. Pelanggan yang jauh pula boleh terus membuat tempahan melalui kedai cheqda Sri HM Intan dalam shopee.com.my.

Nama Produk : Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak & Kuih Muih

Nama Pengusaha : Wasitah Bt Mohammad

Lokasi : No. 215 Felda Jengka 3, Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 012-9284638

Puan Wasitah merupakan suri rumah yang mengusahakan kedai makanan secara kecil-kecilan di hadapan rumah beliau. Pelbagai jenis masakan diniagakan seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Kerabu Megi serta kuih muih seperti karipap, donut, cara, kasturi, bingka, kaswi dan banyak lagi. Beliau telah mengusahakan kedai makanan ini lebih setahun yang lalu. Beliau memulakan perniagaan seawal pagi bagi menyediakan sarapan pagi bagi penduduk setempat. Beliau menggunakan aplikasi Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan jualannya. 

Nama Produk : Kraf, Kerongsang & Keychain

Nama Pengusaha : Norain Binti Zulkifli

Lokasi : No. 420 Felda Jengka 3, Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 014-8460590

Puan Norain merupakan suri rumah yang menghasilkan pelbagai jenis produk kraf seperti kerongsang, pin tudung, butang baju melayu kanak-kanak, penunjuk mengaji dan keychain. Beliau mempromosikan hasil kraf ini di sekitar Jengka 3 dan turut menggunakan medium atas talian seperti Shopee, Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan produk-produk beliau. Produk beliau mendapat sambutan yang menggalakkan ketika musim perayaan seperti Hari Raya dan turut mendapat tempahan dari pelajar sekolah ketika sambutan Hari Guru.

Nama Produk : Nasi Lemak, Laksa, Bubur & Makanan Bergoreng

Nama Pengusaha : Norazah Bt Kamis

Lokasi : No. 226 Felda Jengka 3, Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 012-7876358

Merupakan suri rumah yang mengusahakan gerai makanan secara kecil-kecilan di hadapan rumah beliau. Pelbagai jenis masakan seperti nasi lemak telur, nasi lemak ayam, laksa penang, bubur nasi, sate ayam & daging, tauhu begedil serta menjual ayam goreng, kentang goreng dan wedges. Beliau telah mengusahakan gerai makanan ini lebih 2 tahun yang lalu. Mendapat permintaan yang tinggi pada waktu petang melalui whatsapp dimana pelanggan dapat mengetahui menu-menu yang dijual melalui kumpulan di dalam whatsapp. Beliau turut menyediakan COD kepada pelanggan yang tidak dapat datang ke gerai beliau. Beliau juga mempromosikan perniagaan beliau melalui media sosial seperti Facebook.