Nama Produk : Kek & Apam Polkadot

Nama Pengusaha : Zunaida Bt Ahmad

Lokasi : No.256 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 019-997 0391

Puan Zunaida merupakan seorang suri rumah yang meminati bidang masakan terutamanya dalam bidang pastri. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kek seperti kek minyak lembap, kek masam manis, kek gula hangus, kek butter pelangi serta apam polkadot. Beliau mendapat tempahan dari komuniti setempat untuk pelbagai majlis seperti majlis kesyukuran, majlis hari lahir, jamuan sekolah dan lain-lain. Puan Zunaida mempromosikan produknya melalui Whatsapp, Facebook dan sebagainya untuk meluaskan lagi pasaran produknya.

Nama Produk : Kuih- Muih

Nama Pengusaha : Nor Azurah Bt Roslan

Lokasi : Along Workshop Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 013-4484 874

Puan Nor Azurah merupakan seorang suri rumah yang meminati bidang masakan. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kuih-muih seperti kuih cara berlauk, kuih pau goreng, bahulu serta pelbagai jenis kuih talam (talam keladi, talam ubi kayu, talam suji, talam labu). Beliau turut mendapat tempahan kuih-muih dari komuniti Jengka 3 untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah,  majlis kesyukuran dan lain-lain. Beliau turut mempromosikan kuih-muih di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp untuk meluaskan lagi pasarannya.  

Nama Produk : Bahulu Koi

Nama Pengusaha : Salasiah Binti Mat Sarif

Lokasi : No. 224 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 012-6935077

Puan Salasiah merupakan usahawan kecil-kecilan yang menghasilkan bahulu sejak setahun yang lalu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis bahulu di rumah seperti bahulu original, bahulu cip coklat, bahulu berbentuk ikan dan sebagainya. Bahulu dihasilkan setiap hari dan dipromosikan secara atas talian seperti di Facebook dan Whatsapp. Pelanggan beliau adalah dari penduduk sekitar dan luar daerah. Puan Salasiah turut membuat penghantan melalui pos untuk pelanggan yang menempah dari jauh. Bahulu ini sesuai dimakan ketika minum petang dan ketika hari raya. Selain itu, bahulu ini juga sangat sesuai dijadikan 'Doorgift' untuk sebarang majlis serta sebagai hantaran perkahwinan atau pertunangan.

Nama Produk : Family Ice Cream Jengka

Nama Pengusaha : Norisam Bt Mohamed Yasin

Lokasi : No. 122 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 014-8089004

Puan Norisam merupakan usahawan kecil-kecilan yang mengusahakan katering ais krim bersama keluarganya. Katering ais krim tersebut mempunyai pelbagai jenis pakej dengan harga yang berpatutan mengikut kemampuan pelanggan. Beliau bersama ahli keluarganya mendapat tempahan katering ais krim di sekitar Jengka dan Maran dalam pelbagai majlis seperti Majlis Perkhawinan, Pertunangan, Akikah, Hari Lahir, Majlis Kerajaan dan sekolah serta Majlis keraian. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp untuk mempromosikan perniagaan beliau dan meluaskan lagi pemasaran. Katering Ais Krim seperti ini kian mendapat sambutan kerana pelanggan pada masa kini ingin mempelbagaikan lagi menu dalam majlis mereka serta menarik minat tetamu terutamanya kanak-kanak.

 

Nama Produk : Kuih-Muih Sejuk Beku

Nama Pengusaha : Zaharah Binti Mohd Sidek

Lokasi : No. 287 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 013-376 1737

Puan Zaharah merupakan usahawan kecil-kecilan yang mengusahakan perusahaan kuih-muih sejuk beku dari rumah sejak 3 tahun yang lalu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kuih-muih seperti Cek Mek Molek, Kasturi, Karipap, Temosa, Semosa, Cucur Badan, Donut dan banyak lagi. Kuih-muih tersebut dijual secara sejuk beku dimana pelanggan boleh menyimpan produk tersebut di peti sejuk beku dan digoreng atau dikukus bila perlu. Beliau mendapat tempahan dari pelanggan sekitar Jengka 3 dan Jengka lain disekitar Daerah Maran. Kini pelanggan sekitar Jengka 3 boleh mendapatkan produk beliau di Kedai Runcit Anuar tanpa perlu ke rumah beliau untuk memudahkan pelanggannya. Beliau turut mendapat tempahan kuih-muih untuk pelbagai majlis seperti kenduri kesyukuran, Majlis Hari Raya, Sambutan Hari Lahir dan sebagainya.