Nama Produk : Kek & Puding

Nama Pengusaha : Nur Shuhada Binti Mohamed Johar

Lokasi : No. 254 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 012-3543717

Usahawan kecil-kecilan yang mengusahakan perusahaan kek dari rumah sejak 2 tahun yang lalu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kek yang mempunyai pelbagai perasa dan bentuk. Pelanggan membuat tempahan kek dari beliau untuk sambutan hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, beliau juga mendapat tempahan pelbagai jenis puding untuk sebarang majlis. Beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram & Whatsapp untuk mempromosikan produk-produk serta mendapatkan tempahan dari pelanggan sekitar Jengka.

Nama Produk : Ayam Penyet & Kuih Muih

Nama Pengusaha : Rohani Binti Che Mamat

Lokasi : No. 84 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 016-294 7817

Merupakan usahawan makanan basah dan kering yang berniaga di hadapan rumah juga membuka gerai dihadapan sekolah serta di Pekan Sehari Felda Jengka 3. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan kira-kira 2 tahun yang lalu setelah mendapat bantuan perniagaan melalui Zakat Pahang. Beliau juga menggunakan sosial media seperti Facebook dan Whatsapp untuk mempromosikan produk.  Antara produk yang dihasilkan adalah seperti ayam penyet, kuih muih seperti roti jala, lompat tikam, bihun rangup dan sebangainya. Pelanggan juga boleh terus ke kedai beliau untuk memilih sendiri pelbagai jenis makanan yang dihasilkan sendiri oleh beliau atau pelanggan boleh meminta untuk membuat penghantaran disekitar Jengka 3.

Nama Produk : Biskut Mazola, Biskut Tart Gulung & Kuih Muih

Nama Pengusaha : Siti Hajar Binti Ismail

Lokasi : No. 299 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 018-372 5963

Menyediakan Biskut Mazola, Biskut Tart Gulung, kuih pau goreng, chakoi dan sebagainya. Beliau menghasilkan kuih raya bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi juga mendapat tempahan dari orang ramai setiap bulan. Biskut-biskut itu juga sesuai dijadikan goodies untuk majlis kenduri kendara dan kenduri kesyukuran. Kuih muih mendapat tempahan setiap petang oleh pelanggan sekitar Jengka 3. Beliau membuat promosi berkaitan produk di dalam Facebook & Whatsapp.

Nama Produk : Kek

Nama Pengusaha : Khozaimi Binti Hashim

Lokasi : No. 268 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 013-944 7011

Merupakan usahawan bakeri yang menghasilkan kek 'homamade' yang dihasilkan terus dari rumah beliau. Pelbagai jenis kek dihasilkan setiap hari antaranya kek cheese leleh, kek berperisa mangga, strawberi, blueberry, kek minyak dan sebagainya. Selain itu, beliau turut menghasilkan kek bajet pelbagai perisa untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan kek dengan harga bajet. Beliau mempromosikan produk melalui media sosial seperti Facebook serta whatsapp dan pelanggan boleh terus membuat tempahan melalui media sosial kerana beliau turut menyediakan penghantaran ke rumah sekitar Jengka 3. Pelanggan juga boleh terus ke rumah beliau untuk memilih sendiri pelbagai jenis kek yang dihasilkan.

 

 

PRODUK TEMPATAN 1

Nama Produk : Cenderahati & Pencil Case Zipper

Nama Pengusaha : Zaiton Bt Awang Musa@Yusof

Lokasi : No.244 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.

No.Telefon : 013-4738543

Mengusahakan kraftangan berasaskan jahitan secara kecil-kecilan mengikut tempahan yang diterima dari pelanggan yang ingin membuat tempahan mengikut tema sesuatu majlis. Beliau menjalankan aktiviti kraftangan tersebut dari rumah. Contoh kraftangan yang pernah dihasilkan adalah seperti di bawah :  

Cenderahati

Pencil Case Zipper


 

PRODUK TEMPATAN 2

Nama Produk : Kek, Tart, Apam Polkadot, Biskut dll

Nama Pengusaha : Noraziah Bt Ropa

Nama Syarikat : D Creative Homemade

Lokasi : No.179 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.

No.Telefon : 014-8103781

Mengusahakan perniagaan makanan berasakan kek, apam polkadot, biskut, chocolate dan lain-lain terus dari rumah. Beliau juga menerima tempahan untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, hari lahir dan sebagainya.   


 

 PRODUK TEMPATAN 3

Nama Produk : Produk Sejuk Beku (Samosa, Donut, Karipap dll)

Nama Pengusaha : Ayu Bt Razak

Nama Syarikat : Yes' Ayu

Lokasi : No.304 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.

No.Telefon : 014-5202485

Mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku seperti samosa, karipap, donut, donut pintal dan sebagainya. Beliau juga menerima tempahan daripada sekitar Jengka dan Maran. Produk yang dihasilkan oleh beliau dibuat secara moden dan manual serta tahan lama. Produk ini adalah produk muslim dan dibuat terus dari rumah beliau.   

 


PRODUK TEMPATAN 4

Nama Produk : Khalifah Pizza 3

Nama Pengusaha : Muhammad Amirul B Abdullah

Lokasi : No.107 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.

No.Telefon : 011-12188169/017-9734742

Mengusahakan perniagaan pizza dari umah serta berniaga di tapak-tapak pasar malam sekitar Jengka. Pizza boleh ditempah terus dari umah dimana mereka mengutamakan keenakan dan kesegaran pizza yang dibuat terus di rumah. Pelbagai pilihan pizza italian yang bercitarasa tempatan seperti Pizza Supreme, Pizza Chicken Delight, Pizza Hawaiian Chicken dan banyak lagi. Beliau juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke kawasan berdekatan dengan syarat-syarat tertentu.

 


PRODUK TEMPATAN 5

Nama Produk : Produk Sejuk Beku & Kering

Nama Pengusaha : Suriana Bt Taib

Lokasi : No.303 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.

No.Telefon : 011-25572134

Mengusahakan perniagaan sejuk beku seperti karipap, donut, roti dan sebagainya. Selain itu, beliau menghasilkan kuih gunting dan kerepek-kerepek. Mementingkan kualiti setiap produk, beliau menghasilkannya secara terus dari rumah beliau. Beliau juga menerima tempahan untuk majlis-majlis disekitar Jengka 3. Makanan yang disediakan juga terdapat dalam bentuk frozen dan panas. 

 


PRODUK TEMPATAN 6

Nama Produk : Makanan Goreng

Nama Pengusaha : Norazah Bt Khamis

Lokasi : No. 226 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.

No.Telefon : 012-7876359

Mengusahakan kedai jualan makanan bergoreng dihadapan rumah beliau. Pelbagai jenis makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, ais krim goreng, chorrus dan banyak lagi. Beliau juga menyediakan set KFC bajet yang mendapat permintaan orang ramai kerana harganya yang berpatutan. Orang ramai boleh mendapatkan makanan-makanan ini di kedai beliau atau menempah melalui WhatsApp dan Facebook dan beliau akan membuat penghantaran ke rumah pelanggan.  

 

 

 


PRODUK TEMPATAN 7

Nama Produk : Dodol 

Nama Pengusaha : Nur Haffizah Bt Ab. Rahman

Lokasi : No. 19 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.

No.Telefon : 013-6894206 

Menyediakan dodol homemade yang dihasilkan sendiri dari rumah beliau. Dodol ini boleh dijadikan makanan minum petang, sebagai hantaran dan juga sebagai hadiah untuk diberikan kepada tetamu ketika majlis seperti kenduri kesyukuran, kenduri kahwin dan sebagainya. Beliau menyediakan pelbagai jenis cara pembungkusan mengikut kehendak pelanggan. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi beliau terus melalui WhatsApp.