Saidin Homestay Felda Jengka 3 telah diusahakan oleh salah seorang generasi kedua di sini. Beliau telah menyediakan penginapan rumah inap ini sejak 2 tahun yang lalu. Saidin Homestay ini terdiri daripada 3 unit berkembar dimana unit kiri dan kanan mempunyai 3 bilik manakala unit yang berada ditengah mempunyai 5 bilik. Rumah inap ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen, katil, dapur, bilik mandi, tandas dan lain-lain. Keadaan rumah inap ini yang selesa dan bersih menarik orang ramai untuk menginap disini terutamanya ketika musim kenduri kahwin dan cuti persekolahan.

Nama Usahawan : Salihin Bin Saidin

Nama Produk@Syarikat : Saidin Homestay

Alamat :  No.21 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 013-3041438 @ 09-4765410

Facebook : Salihin Saidin

Laily Food Enterprise adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis makanan kering dan basah. Antara makanan basah yang disediakan setiap hari adalah nasi ayam, mee sup, bihun sup, soto, laksa dan mee kari. Penghantaran ke rumah juga disediakan sekitar Jengka 3. Selain itu, kedai ini juga memproses pelbagai jenis makanan kering seperti kerepek pisang, popia simpul, kuih siput dan pelbagai jenis biskut. 

Nama Usahawan : Nor Laily Bt Panut

Nama Produk@Syarikat : Laily Food Enterprise

Alamat :  Jalan Besar Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 019-963 3937

Facebook : Nor Laily Panut

Kak Nita Dobi merupakan sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan cucian yang terletak di No.81 Felda Jengka 3. Pelbagai jenis perkhidmatan cucian disediakan seperti mencuci cadar, pakaian, toto, karpet, selimut dan banyak lagi. Pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan cucian beliau adalah sekitar Jengka 3 dan Jengka-Jengka yang berhampiran. Beliau juga menyediakan khidmat penghantaran ke rumah pelanggan. 

Nama Usahawan : Rosenita Bt Teh

Nama Produk@Syarikat : Kak Nita Dobi

Alamat : No.81 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 014-8492567/ 09-4765430

Facebook : Rosenita Teh

Pasar Mini Sri Dahlia merupakan salah satu kedai runcit di Felda Jengka 3 yang menjual pelbagai jenis keperluan harian penduduk setempat. Terdapat barangan basah dan segar seperti ayam, ikan serta sayuran dijual disini selain barangan keperluan lain seperti tepung, beras, biskut, roti dan sebagainya. Kedudukan pasar ini yang strategik iaitu terletak di deretan kedai mara memudahkan orang ramai membeli keperluan harian disini. 

Nama Produk@Syarikat : Pasar Mini Sri Dahlia

Alamat : No.2B Kedai Mara Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.


 

Sri Intan HM Enterprise

Sri Intan HM Enterprise adalah merupakan sebuah kedai jahitan yang terletak di Kedai Batu  Felda Jengka 3. Kedai jahitan ini sedia mengambil tempahan baju kurung, jubah, baju melayu, telekung dan sebagainya. Selain itu, kedai ini juga membekal alat-alat jahitan kepada penduduk setempat. Kebanyakan pelanggan merupakan penduduk setempat dan juga dari kawasan sekitar. 

                                 

Nama Produk@Syarikat : Sri Intan HM Enterprise  

Alamat : No.3 Kedai Batu Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.  

No. Telefon :  013-9185198 (WhatsApp)

 Facebook : Hamidah malek

                                


 Najihah Anggun Andaman

Butik Najihah Anggun Andaman yang terletak di Kedai Mara Felda Jengka 3 antara butik pengantin yang terkenal di Felda Jengka 3. Menyediakan kelengkapan perkahwinan seperti baju pengantin, pelamin, set makan beradab, andaman, kanopi dan sebagainya. Butik ini juga menyediakan kelengkapan untuk majlis berendoi dan juga menerima tempahan jahitan sulaman dan lain-lain. 

Nama Produk@Syarikat : Najihah Anggun Andaman

Alamat : No.18/19 Kedai Mara, Sri Dahlia Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 011-19276355 @ 019-9064326 (WhatsApp)

 Facebook : Najiha Anggun Andaman

 


 Stesen Minyak

Stesen minyak BHP Jengka 3 telah ditubuhkan pada tahun 1980-an. Ia merupakan antara perniagaan milik Felda Trading Sdn. Bhd. Penubuhannya strategik kerana berada di kawasan jalan utama Jengka 3 dan di antara Jengka 2 dan Jengka 6. Minyak menjadi permintaan tinggi kesan peningkatan keperluan penduduk kawasan sekitar yang rata-rata mempunyai kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori, bas dan sebagainya.

Pengurus : Awang Zaman b. Bidin

Alamat : BHP Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang 

No Tel : 09-4764326, 019-3517747

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


 D'Mart

D'Mart juga merupakan perniagaan milik Felda Trading Sdn. Bhd. Ia telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1980-an. Pelbagai barang keperluan dijual di sini seperti beras, tepung, makanan kering dan sebagainya. Ia menyediakan kaedah bayaran melalui sistem potongan gaji bulanan peneroka. Oleh itu, peneroka dibenarkan mengambil barang secara hutang dan perlu membayar pada setiap hujung bulan.

Alamat : D'Mart Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No Tel : 09-4766355, 014-8055404

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 


Bengkel Kenderaan- Jee Motor Sport

JEE Motor Sport

Salah satu bengkel kenderaan yang menyediakan perkhidmatan membaiki, membekal alat ganti mencuci kenderaan serta lain-lain perkhidmatan. Terletak di tepi jalan besar Jengka 3, bengkel ini sentiasa mendapat perhatian dari orang ramai kerana kedudukan yang strategik.

No Tel : 019-6945152

 

Sub-kategori