BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Norhizan bt Abdul Rahman

Umur : 45 Tahun

Ahli    : 2020

Latar Belakang

Puan Norhizan merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau kerap ke NADI untuk menyertai pelbagai kelas yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran ICT serta menimba ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office seperti Word & Excel. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram, Tiktok dan lain-lain selain boleh menggunakan Shopee untuk tujuan perniagaan.

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Asshari b. Arip

Umur : 52 Tahun

Ahli    : 2018

Latar Belakang

En Asshari telah menceburi bidang ini sejak 13 tahun yang lalu. Beliau kerap ke NaDi untuk mencipta iklan-iklan perniagaan dan menyiapkan rekod kewangan. Melayari internet/website e-perniagaan seperti SSM, LHDN untuk pembaharuan lesen perniagaan, memasukkan maklumat peniagaan dan sebagainya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NaDi Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office seperti Word & Excel serta laman2 web kerajaan seperti SSM, LHDN, e-perolehan dan lain-lain bagi melaksanakan tugas harian sebagai peniaga. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram dan tiktok dan lain-lain.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mohd Izzat Emir b. Saadon

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

En Izzat telah menceburi perniagaan online ini hampir 2 tahun. Beliau kerap ke PEDi untuk mecipta iklan/brosur. Beliau mempelajari Microsoft Office seperti word dan excel bagi memudahkan untuk membuat surat rasmi, borang dan sebagainya. Beliau turut melayari internet atau website e-perniagaan seperti SSM, LHDN untuk pembaharuan lesen perniagaan, memasukkan maklumat peniagaan dan sebagainya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan Handphone untuk menggunakan media sosial dan  mengetahui sedikit berkaitan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PEDi Felda Jengka 3, Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam ms office bagi melaksanakan tugas harian. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram dan tiktok dan lain-lain.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Siti Aishah bt Abu Bakar

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Cik Aishah merupakan jurujual di salah sebuah Kedai Runcit di Jengka 3. Beliau telah berkhidmat lebih 4 tahun dalam bidang perniagaan ini. Beliau kerap ke PEDi untuk meningkatkan kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan tugasan dalam pekerjaannya kerana beliau turut menguruskan urusan pengkeranian seperti merekodkan pelbagai jenis dokumen untuk majikannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan Handphone untuk menggunakan media sosial dan  mengetahui sedikit berkaitan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PEDi Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office seperti word dan excel bagi memudahkan untuk membuat surat rasmi, membuat borang senarai harga barang dan lain-lain. Beliau turut melayari internet atau website berkaitan perniagaan untuk memasukkan data perniagaan seperti KPDNKK. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram dan tiktok dan lain-lain.

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN, KECANTIKAN & PERALATAN RUMAH

Nama : HAMIDAH BT ABDUL RAZAK

Umur : 42 Tahun

Ahli    : 2022

Latar Belakang

Pn Hamidah merupakan ejen kepada produk berjenama Amway dan telah menceburi bidang ini setahun yang lalu. Pelbagai jenis produk yang dijual di bawah jenama Amway seperti produk kesihatan & Kecantikan, Kuali, Periuk Bertekanan tinggi, pengisar mudah alih dan sebagainya. Selain itu, beliau turut mengadakan kelas masakan menggunakan produk-produk yang dijual dan turut menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan roti dan pastry dan menjualnya kepada komuniti setempat di Jengka 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM600 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 10 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh PEDi Jengka 3, beliau dapat mempromosikan produk melalui media sosial seperti Instagram dan tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM700 dan jumlah pelanggan melebihi 20 orang sebulan.