USAHAWAN KOSMETIK & BAKERI

Nama : Nor Shahira bt. Zainudin

Umur : 26 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Merupakan ahli Pusat Internet Felda Jengka 3 yang menjadi agen Mamasab Bakery sejak setahun yang lalu. Selain menjual kek dan biskut, Mamasab Bakery turut meluaskan perniagaannya dalam bidang kosmetik.

Mula meminati bidang bakeri sejak lima tahun yang lalu setelah mencuba pelbagai jenis resepi di laman web kemudian menjual secara kecil-kecilan di laman sosial dibawah nama Sugar Palace. Pada pertengahan tahun lepas, beliau mendapat peluang untuk menjadi ajen kepada sebuah bakeri terkenal iaitu Mamasab Bakery. Beliau diberikan bimbingan secara atas talian oleh tenaga pengajar di dalam bakeri tersebut dan menjual pelbagai jenis kek premium seperti kek coklat, kek red velvet, brownies dan banyak lagi.

Selain itu, beliau turut menjual pelbagai jenis produk kosmetik setelah pengusaha Mamasab Bakery meluaskan bidang perniagaannya seperti bedak asas, lipstick, lipgloss, pencuci muka, tisu pembasmi kuman dan banyak lagi. Tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan-pelanggan sekitar kawasan Jengka dan Maran malah sekitar Malaysia yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 20 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, instagram, shopee dan myshop (Dashboard Pi) sendiri. Beliau menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan produk di atas talian dimana pelanggan beliau dapat mengakses terus maklumat berkenaan produk, promosi dan sebagainya. Beliau turut menyertai Program Hari Bersama Komuniti untuk berkongsi pengalaman sebagai usahawan baru. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM1000 dan jumlah pelanggan kini melebihi 50 orang sebulan.