BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Noredayou bt. Saidin

Umur : 36 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Pn Noredayou merupakan jururawat desa di Klinik Desa Jengka 3. Beliau telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam bidang kejururawatan. Beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan dalam pekerjaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai seorang jururawat beliau turut meningkatkan kemahiran di dalam penggunaan komputer dan internet. Ini kerana beliau turut ditugaskan untuk membuat pelbagai tugasan lain oleh pihak atasan yang melibatkan urusan pengkeranian terutamanya laman web rasmi kerajaan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam ms office dan excel bagi melaksanakan tugas harian. Beliau turut menggunakan internet untuk membuka pelbagai sistem kerajaan untuk melancarkan tugasan harian sebagai seorang penjawat awam.