USAHAWAN PAKAIAN MUSLIMAH

Nama : Nurul Fatihah bt Mohamed

Umur : 28 Tahun

Ahli    : 2018

Latar Belakang

Pn Fatihah telah menceburi bidang jualan pakaian muslimah ini sejak 2 tahun yang lalu setelah beliau menjadi ejen sah kepada produk Sabella. Pelbagai jenis pakaian dijual seperti Tshirt Muslimah, Baju Kurung, Blouse, Kurta, tudung bawal dan sebagainya. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan Jengka dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, WhatsApp, Intagram dan Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 8.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun facebook, email dan myshop (Dashboard PIK) yang dapat mempromosikan produknya. Pelanggan beliau bukan sahaja di sekitar Jengka malah dari serata negeri setelah beliau membuat promosi melalui facebook, Whatsapp dan Instagram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM400 dan jumlah pelanggan melebihi 15 orang sebulan.