BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Abdul Nursalam b. Mohd Anuar

Umur : 24 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

En Salam merupakan seorang jurujual di Pasaraya . Beliau gemar mengikuti latihan ICT di PIK untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu program/aktiviti yang disertai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan Handphone untuk mengakses media sosial dan  mengetahui sedikit berkaitan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan youtube sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung rakan-rakan dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer dan Microsoft Office terutamanya Microsoft Word. Beliau kerap mengunjungi PIK untuk menaip resume dan juga mengakses laman-laman web kerajaan seperti SSM, Mysejahtera, BPR dan sebagainya.