USAHAWAN PAKAIAN MUSLIMAH

Nama : Siti Aishah bt Mahadi

Umur : 20 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Merupakan pelajar IPT yang menceburi perniagaan dalam bidang pakaian muslimah secara separuh masa ketika menuntut di salah sebuah IPT di Kuantan. Aishah telah menceburi bidang jualan pakaian muslimah ini sejak 2 tahun yang lalu. Pelbagai jenis pakaian diniagakan seperti jubah, tudung, sarung kaki sarung tangan dan sebagainya. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan Jengka dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, WhatsApp, Intagram, Facebook dan Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 8.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun facebook, email dan myshop (Dashboard PI) dan kedai online shopee yang dapat mempromosikan perniagaannya. Pelanggan beliau dari serata tempat yang mana mereka mengetahui produk beliau melalui facebook, Whatsapp, Instagram dan Myshop Pi serta di Shopee. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM500 dan jumlah pelanggan melebihi 15 orang sebulan.

 

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Norhazura bt Md Yusof

Umur : 38 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Pn Hazura merupakan Jururawat Desa di Klinik Desa Jengka 3. Beliau telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam bidang kejururawatan. Beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan dalam pekerjaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan komputer dan internet. Sebagai seorang jururawat beliau turut ditugaskan untuk membuat pelbagai tugasan pengkeranian yang memerlukan beliau untuk menggunakan komputer serta internet untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam ms office bagi melaksanakan tugas harian. Beliau turut menggunakan internet untuk membuka pelbagai sistem kerajaan untuk melancarkan tugasan harian sebagai penjawat awam.

USAHAWAN PRODUK TANAMAN

Nama : Mohamad Khairul B. Baharum

Umur : 37 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

En Khairul telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di kawasan rumahnya di Felda Jengka 3. Melibatkan diri secara serius sejak 4 tahun yang lalu. Minat yang mendalam dalam bidang pertanian membuatkan beliau mula mengusahakan pelbagai jenis tanaman di halaman rumahnya. Beliau mendapat tempahan bukan sahaja dari sekitar Jengka malah seluruh Malaysia sejak beliau menggunakan medium atas talian seperti Whatsapps, Facebook, Myshop DK & Shopee sebagai tempat untuk mempromosikan produknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 30 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook (https://www.facebook.com/kebuntepirumah) dan myshop (Dashboard Pi) dan Shopee (https://shopee.com.my/mrkrool) . Dimana beliau menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan produk di atas talian dimana pelanggan beliau dapat mengetahui terus berkenaan produk disana, promosi dan sebagainya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM700 dan jumlah pelanggan kini melebihi 50 orang sebulan.

 

USAHAWAN BUTIK PENGANTIN

Nama : Norsayani bt Ahmad

Umur : 50 Tahun

Ahli    : 2016

 

Latar Belakang

Pn Norsayani telah menceburi bidang perkhidmatan butik pengantin ini sejak 11 tahun yang lalu. Terdapat 2 buah kedai butik ini iaitu di Kedai Mara Felda Jengka 3 dan di Bandar Jengka. Pelbagai jenis perkhidmatan disediakan seperti menyediakan kelengkapan perkahwinan seperti baju pengantin, pelamin, set makan beradab, andaman, kanopi dan sebagainya. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan jengka dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp, Intagram dan facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM3000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 10.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun facebook, email dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang dapat mempromosikan perniagaannya. Pelanggan beliau dari serata tempat yang mana mereka mengetahui produk perkhidmatan beliau melalui facebook, whatapp, Instagram dan myshop Pi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM5000 dan jumlah pelanggan melebihi 20 orang sebulan.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Ahmad Husaini b. Baharuddin

Umur : 19 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Husaini merupakan pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA. Ketika di alam persekolahan beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan komputer dan internet. Sebagai seorang pelajar sekolah yang memerlukan beliau untuk menyiapkan kerja-kerja khusus, mencari maklumat di dalam internet serta pembentangan dalam kelas menyebabkan beliau perlu belajar dengan lebih mendalam berkaitan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan instagram bagi memudahkan beliau untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office dimana beliau menggunakan software tersebut ketika menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Beliau turut mahir menggunakan facebook, Instagram dan lain-lain.