BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mohamad Nor Izzudin B Nor Azman

Umur : 20 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Izzudin merupakan pelajar yang sedang menuntut di UTM Skudai, Johor. Ketika di alam persekolahan beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT, program pusat internet dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan komputer dan internet. Tugas dan peranan sebagai seorang pelajar yang aktif menuntut beliau untuk belajar berkaitan komputer dan internet seperti menaip folio, mencari maklumat secara atas talian, membuat perbentangan dalam kumpulan dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, facebook dan lain-lain.

 

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN

Nama : Noraini Bt Mat Arshad

Umur : 36 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

Pn Noraini merupakan staf yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat Felda Jengka 3. Disamping itu, beliau telah menceburi bidang perniagaan online secara kecil-kecilan demi menambah pendapatan sampingan. Sejak dua tahun yang lalu, beliau telah aktif mempromosikan pelbagai jenis produk kesihatan seperti Min Kaffe dan produk kecantikan seperti alat solek di laman sosial Facebook dan Instagram. Pelanggan yang telah mencuba produk beliau adalah dari sekitar Jengka 3 dan beliau akan membuat pengeposan jika mendapat permintaan dari pelanggan yang tinggal diluar kawasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Noraini hanya mempromosikan perniagaan beliau sekitar Jengka 3 melalui flyers, jiran tetangga dan kenalan setempat. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 20 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau telah belajar strategi untuk mempromosikan produk-produk dengan cara yang lebih baik supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus dapat menambah jualan untuk produk yang dipromosikan. Kini, pelanggan beliau bukan sahaja di sekitar Jengka, malah dari seluruh Malaysia yang mengetahui tentang produk beliau melalui media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM500.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Suharti Bt Haron

Umur : 42 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Pn Suharti merupakan surirumah dan aktif dalam persatuan dan sukan di Jengka 3. Beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan tugasan sebagai setiausaha dalam persatuan yang disertai. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh Pi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan komputer dan internet. Tugas dan peranan sebagai ahli persatuan yang aktif menuntut beliau untuk belajar kemahiran komputer dan internet seperti menaip kertas kerja, mencari maklumat secara atas talian, perbankan online dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email dan facebook malah mempunyai perbankan online bagi memudahkan urusan harian serta urusan bersama persatuan. Beliau semakin mahir dalam penggunaan komputer, perbankan online dan media sosial(Facebook & Whatsapp).

 

USAHAWAN PRODUK SEJUK-BEKU

Nama : Ayu Binti Razak

Umur : 47 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

Pn Ayu telah menceburi bidang masakan  ini secara kecil-kecilan di sekitar Felda Jengka 3. Beliau telah menyertai pelbagai agensi keusahawanan untuk membantu di dalam bidang perniagaan seperti Empower Acer, FAMA dan lain-lain. Mula terlibat dalam masakan sejak 5 tahun yang lalu secara kecil-kecilan dari rumah.

Produk ‘Homemade’ dihasilkan adalah produk sejuk-beku seperti karipap, samosa, murtabak mini, donut dan sebagainya. Selain itu, beliau turut menghasilkan pelbagai jenis produk kering seperti biskut dan kuih siput. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Ayu hanya mempromosikan perniagaan beliau sekitar Jengka 3 melalui flyers, jiran tetangga dan kenalan setempat. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 20 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun facebook, email dan myshop (Dashboard Komuniti Pi) sendiri yang dapat mempromosikan perniagaannya. Selain itu, beliau turut meluaskan pasaran dengan menghantar produk ke pasaraya di sekitar Jengka dan Jerantut (PDM & UMART) untuk memudahkan pelanggan yang jauh untuk mendapatkan produknya. Pelanggan beliau kini dari serata tempat yang mana mereka mengetahui produk beliau melalui Facebook, Whatsapp, dan Myshop Pi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM800 dan jumlah pelanggan hampir 50 orang sebulan.

USAHAWAN KRAFTANGAN

Nama : Norain bt Zulkifli

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

Merupakan suri rumah dan usahawan separuh masa yang menjual produk kraftangan seperti brooch, keychain, butang baju melayu kanak-kanak, penunjuk Al-Quran, pensel dan banyak lagi secara online.

Pn Norain telah menceburi perniagaan ini di sekitar Felda Jengka 3 sejak 2 tahun yang lalu. Beliau telah memulakan perniagaan secara online di shopee.com.my. Pelanggan beliau kini dari seluruh Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Norain hanya mempromosikan perniagaan beliau sekitar Jengka 3 melalui flyers dan kenalan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 30 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah memiliki akaun Email, Facebook dan Myshop (Dashboard Komuniti PI) serta memiliki akaun Shopee (Putri Ain Craft) sendiri yang menjadi medium untuk mempromosikan barang-barang kraftangan yang diniagakan dari rumah beliau. Kini, kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk tersebut melalui media sosial dan menjadikan pelanggan beliau bertambah dari sebelumnya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih kurang RM600 dan jumlah pelanggan kini lebih 60 orang sebulan.