BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhammad Safwan B Shahrul Amin

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Safwan merupakan pelajar Kulliah Al-Lughah Wad Din As Sultan Abu Bakar, Pekan. Tugas dan peranan ini menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang ingin diberi. Beliau adalah pelajar yang aktif yang mempunyai pelbagai jawatan di sekolah. Safwan juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui sedikit sahaja berkaitan ICT semasa di sekolah menengah. Tugas dan peranan sebagai penuntut yang memegang pelbagai jawatan menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, Instagram dan facebook sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, facebook dan lain-lain. Beliau juga gemar mengikuti latihan komputer dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi dan sebagainya.

USAHAWAN KECIL MAKANAN & PAKAIAN

Nama : Lyles Surani Bt Saruani

Umur : 44 Tahun

Ahli    : 2013

Latar Belakang

Usahawan separuh masa. Menjual burger dan beg sekolah, kain cadar, kain selimut dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Lyles telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3. Mula terlibat dalam perniagaan ini sejak 2 tahun yang lalu. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan kerana promosi produk yang terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan perniagaannya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk beliau melalui Facebook, WhatsApp dan Myshop (Dashboard Pi).

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhammad Idham B. Ahmad Kamal

Umur : 16 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Idham merupakan pelajar Sekolah Menengah di Maran. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tugas dan peranan ini menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang ingin diberi. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email dan facebook sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, facebook dan lain-lain.

USAHAWAN KECIL MAKANAN BASAH

Nama : Rohani Bt Che Mamat

Umur : 41 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Usahawan makanan sepenuh masa. Menghasilkan produk makanan dan minuman seperti ayam penyet goreng, lompat tikam, roti jala, aiskrim, jeli kelapa dan sebagainya.  Produk-produk tersebut diniagakan di rumah, kawasan berdekatan sekolah dan pasar/pekan sehari Jengka 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Rohani telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3. Mula terlibat dalam masakan sejak 3 tahun yang lalu. Setelah menerima bantuan sebuah mesin roti dan sebuah gerai dari Pusat Zakat Negeri Pahang pada awal tahun lepas, beliau telah meningkatkan dan mempelbagaikan produk makanan untuk diniagakan. Namun promosi produk beliau terhad kepada penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan perniagaannya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk beliau melalui Facebook, WhatsApp dan Myshop (Dashboard Pi).

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Noor Aqilah Bt Abdullah Sani

Umur : 19 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Noor Aqilah merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Jengka 2 dan kini telah menjadi penuntut di salah sebuah IPT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tugas dan peranan ini menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasannya.Beliau juga gemar mengikuti latihan komputer dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan Instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berkomunikasi secara atas talian. Beliau  juga semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office (Word, Powerpoint, Publisher).