Tarikh : 17 Mac 2017

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan Felda Jengka 3

Dirasmikan Oleh : YB Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abdul Muttalib 

(Timbalan Menteri Sumber Manusia)

Kembara Kerjaya Jelajah Felda yang diadakan di Felda Jengka 3 kali ini adalah kerjasama antara Felda, Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Pahang dan Job Malaysia. Selain itu, terdapat agensi lain yang bekerjama menjayakan program itu termasuklah FAMA, UiTM, TNB, JKR, ABM dan sebagainya. Program ini melibatkan pencari kerja di Daerah Maran dan yang berhampiran. Selain itu, ceramah kerjaya, kaunseling dan tips membuat resume juga diberikan kepada pencari kerja yang hadir untuk membantu mereka dalam pencarian kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka. Program ini disambut baik oleh semua komuniti terutamanya golongan belia yang sedang mencari pekerjaan.