Tarikh : 30 April 2017 (Ahad)

Masa : 7.45 Pagi - 12.00 Malam

Tempat : Padang Awam & Dataran Sri Dahlia Jengka 3

Anjuran :

JKKK Felda Jengka 3 dengan kerjasama Felda, Komuniti 1 Malaysia Jengka 3, Pertubuhan Dalam Rancangan dan Individu Perseorangan.

Program yang diadakan di Felda Jengka 3 ini telah diadakan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti diadakan seperti futsal, bola sepak, sukaneka, bola tampar, bola jaring, ceramah agama, kenduri sekampung dan lain-lain. Program ini melibatkan semua peringkat umur dari kanak-kanak, belia, dewasa serta warga emas. Program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara komuniti serta membudayakan kehidupan yang sihat untuk anak-anak muda.