Tarikh : 7 Julai 2017 (Jumaat)

Masa : 8 Malam

Tempat : Perkarangan Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3

Bersama-sama

YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj

Malam Mesra Aidilfitri Dun Kuala Sentul telah diadakan bagi meraikan kedatangan bulan Syawal tahun ini. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj bagi meraikan malam itu bersama komuniti setempat. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan artis tempatan dan persembahan tarian oleh pelajar sekolah. Pelbagai juadah telah disediakan seperti lemang, nasi beriani, roti canai, nasi impit, ais krim dan sebagainya.