Tarikh : 19 Julai 2016 (Selasa)

Masa : 11.00 Pagi - 2.00 Petang

Tempat : Dewan JKKK Felda Jengka 3

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Rancangan Felda Jengka 3 telah diadakan bagi meraikan kedatangan bulan Syawal ini. Semua warga komuniti Felda Jengka 3 dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Majlis ini telah disertai oleh semua organisasi disekitar Jengka 3 seperti Felda, Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Belia, Sekolah Rendah, Kelab Rukun Tetangga (KRT), Komuniti 1 Malaysia, Pusat Internet 1Malaysia, Tabika, Klinik, Koperasi, D'Mart dan sebagainya. 

 

 

Tarikh : 9 Mei 2016 (Isnin)

Masa : 11.30 Pagi

Tempat : Dewan JKKK Jengka 3

Program Info Komuniti 1 Malaysia ini telah diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada penduduk setempat, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara jabatan kerajaan dan penduduk setempat serta mendapatakan isu setempat.

Program kursus penyembelihan pula bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang cara penyembelihan menurut syarak dan memberi tunjuk ajar mengenai cara penyembelihan serta meningkatkan kefahaman berkaitan kepentingan mendapatkan ilmu dan kemahiran penyembelihan agar masyarakat dapat mengendalikan urusan penyembelihan dengan baik pada masa hadapan.

Pelbagai aktiviti disediakan seperti Senamrobik, Program Sepuluh Ribu Langkah, Ceramah Penyembelihan, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Majlis Perasmian. Diharapkan program-program seperti ini diadakan lagi pada masa hadapan agar dapat melahirkan komuniti yang berilmu pengetahuan.

 

Tarikh : 8 Februari 2016 (Isnin)

Masa : 8.00 Pagi

Gotong-royong yang diadakan bersama komuniti Felda Jengka 3, pelatih SDA & pelatih CCSC yang diadakan di

Tanah Perkuburan Felda Jengka 3 bertujuan untuk memastikan kawasan perkuburan di jaga dengan baik dan dalam

keadaan bersih.

 

Tarikh : 9 Mac 2016 (Rabu)

Masa : 7.30 Pagi

Tempat : Masjid As-Solehin Felda Jengka 3

Sehubungan dengan berlakunya fenomena gerhana matahari separa di Malaysia, umat Islam disarankan untuk melalukan Solat Sunat Gerhana Matahari di masjid-masjid berhampiran. Solat sunat ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendekatkan diri kepada Allah serta memohon keampunan, beristigfar dan memohon doa kepada-Nya.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan BERSEDEKAHLAH.” (HR. Bukhari no. 1044)

Sumber :http://denaihati.com/solat-sunat-gerhana-matahari

 

Tarikh : 9 Januari 2016

Hari : Sabtu

Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Masjid As-Solihin Felda Jengka 3

Oleh : Saujana Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.