Tarikh : 21 Februari 2017 (Selasa)

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Masjid Felda Jengka 3

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jengka 3 telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah khas untuk komuniti wanita di Jengka 3 yang telah melibatkan lebih kurang 70 orang peserta. Wakil pengerusi GPW yang berpengalaman di dalam bidang tersebut telah dijemput untuk menyampaikan ilmu kepada semua. Kursus telah diberikan secara praktikal agar mereka lebih mudah untuk memahami cara-cara pengurusan jenazah.