Tarikh : 10 & 11 Julai 2017 (Isnin & Selasa)

Tempat : Dewan JKKK Felda Jengka 3

Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengah hari

Dirasmikan oleh : YB Dato' Hajah Shahaniza Binti Haji Shamsuddin

Program Teen2U dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Felda Jengka 3 telah diadakan bersama-sama 15 orang pelajar Kolej Yayasan Pahang (KYP) yang berlangsung selama dua hari. Program ini bermatlamat untuk mendekatkan remaja dengan golongan warga emas dalam bekerjasama menyediakan juadah hari raya bersama keluarga angkat masing-masing. Program ini juga menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan oleh LPPKN kepada warga emas yang hadir pada majlis penutupan.