Tarikh : 17 Oktober 2015 (Sabtu)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Padang Awam Felda Jengka 3

Sukaneka Tahunan Tabika KEMAS Felda Jengka 3 pada tahun ini telah diadakan dengan meriahnya. Pelbagai acara telah diadakan untuk kanak-kanak Tabika  seperti acara larian, acara susun abjad, rebut kerusi, baling bola dalam bakul, bawa bola ping pong dalam sudu, susun tin dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga acara yang dipertandingkan untuk ibu bapa, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah serta tetamu VIP yang hadir ke acara ini. Semoga acara seperti ini sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk Tabika KEMAS Jengka 3 terus berjaya.