Tarikh : 1 Oktober 2016 (Sabtu)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Padang SKJ3

Acara sukan yang diadakan setiap tahun di Sekolah Kebangsaan Jengka 3 ini telah berlangsung dengan meriahnya. Kehadiran ibubapa memberi semangat dan sorakan kepada anak-anak yang mengambil bahagian di dalam pelbagai acara sukan merancakkan lagi hari sukan tersebut. Pelbagai acara dipertandingkan untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 dimana mereka telah diberikan rumah sukan masing-masing yang terdiri daripada rumah Kuning, Biru, Merah dan Hijau. Diharapkan setiap tahun acara ini diadakan dan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya komuniti Felda Jengka 3.