TABIKA KEMAS Jengka 3

Terdapat 3 orang tenaga pengajar dan 2 orang kakitangan lain. Seramai hampir 70 orang kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun yang belajar di TABIKA Felda Jengka 3 ini. Sesi pembelajaran Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

 


 

 

PASTI Al-Ansar Jengka 3

 

PASTI AL-ANSAR telah ditubuhkan pada12 Januari 2015 dan terletak di Bangunan Kedai Mara Felda Jengka 3. Misi utama adalah untuk Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan serta Kuantiti PASTI di Malaysia Bagi Menjadikan PASTI Pilihan Utama Kepada Masyarakat Yang Cintakan Pendidikan Islam. Sesi pembelajaran adalah dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari.

Nombor Telefon - 013-255 3916 & 012-986 7863

 


 

Kelas Literasi Jengka 3

 

Kelas Literasi Jengka 3 telah ditubuhkan sejak lima tahun yang lalu dan terletak bersebelahan Pejabat Felda Jengka 3. Terdapat 10 orang kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang menyertai kelas ini di bawah seorang tenaga pengajar yang merupakan Ahli Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Sesi pembelajaran adalah dari hari Isnin hingga Rabu, jam 9.00 Pagi - 10.00 Pagi. Konsep pembelajaran adalah secara ringkas dan mudah iaitu lebih kepada kaedah mengenal huruf, menyanyi, bercerita dan membilang angka. 

 


 

Sekolah Rendah Jengka 3

Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 3

 Jenis

 Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan

 Kod sekolah

 CBA9105

 Lokasi

 Kampung Dahlia Jengka 3, Bandar Jengka, Pahang

 Telefon

 609-4765404

 Faks

 609-4764138

Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 3 atau nama ringkasnya SK (Felda) Jengka 3, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Dahlia Jengka 3. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1971. Kini, Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 3 mempunyai 30 orang tenaga pengajar, 5 kakitangan lain dan memiliki hampir 200 pelajar lelaki dan 200 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid hampir 400 orang. Pelajar-pelajar terdiri dari peringkat Pra-sekolah (6 tahun) hingga Darjah 6 (12 tahun).


 

Sekolah Agama Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Jengka 3

Sekolah Agama ini di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Ia beroperasi hanya pada sebelah petang 2:30 petang hingga 5:30 petang. Terdapat 10 orang tenaga pengajar dan kira-kira 200 orang murid (7 hingga 12 tahun)


 

Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2

Kod Sekolah : CEA9114

Gred Sekolah : A

Tarikh Tubuh : 01-01-1973

Jenis Murid : Lelaki & Perempuan

Model : Sekolah Menengah Harian

Lokasi Pendaftaran : Luar Bandar

Lokasi Semasa : Luar Bandar

Sesi : Pagi

Jabatan Pendidikan : Pahang

Pejabat Pendidikan Daerah : PPD Maran

Kawasan PKG : PKG Jengka 6

No. Tel: 09-4674325

No. Fax: 09-4674188

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Blog: http://smkjengkadua.blogspot.com

Sejarah Penubuhan SMK Jengka 2

  • Pada 1 Januari  1973 SMK Jengka 2 telah ditubuhkan. Kini SMK Jengka 2 merupakan sekolah tertua di Felda Wilayah JENGKA. Sekolah ini pernah muncul sebagai sekolah terbaik dalam kurikulum dan ko kurikulum di peringkat daerah Maran khususnya  dan juga negeri Pahang amnya pada era 1990-an.
  • SMK Jengka 2 merupakan sekolah Gred A (Kategori Luar Bandar) dengan mempunyai jumlah pelajar seramai 1221 orang dan jumlah gurunya seramai 110 orang (berdasarkan anggaran belanjawan mengurus 2010). Ia muncul sebagai sekolah terbesar di Daerah Maran yang agak kompleks sifatnya. Sekolah ini mempunyai 44 kelas yang beroperasi sepenuhnya sebagai sekolah satu sesi. 
  • Daripada 44 kelas tersebut ia terdiri daripada 2 kelas pendidikan khas, 1 kelas peralihan, 113 kelas menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3), 18 kelas tingkatan 4 dan 5, 9 kelas tingkatan 6 dan 2 kelas MPV. Selain itu sekolah ini juga mempunyai 8 kelas sains tulen yang diletakkan di bawah projek khas Kementerian Pelajaran dan FELDA iaitu Pusat Pembelajaran Sains Sekolah Berasrama di Felda bermula tahun 2008. SMK Jengka 2 merupakan anatara 14 buah sekolah di malaysia yang dipilih sebagai sekolah PPS.Ia menempatkan seramai 220 pelajar aliran sains tulen di seluruh daerah Maran yang berpencapaian sederhana (C+C+C) dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di peringkat PMR untuk diberikan peluang berada di aliran sains tulen. Pada tahun 2010, anggaran pelajar sederhana yang ditempatkan di PPS SMK Jengka 2 adalah seramai 220 orang, tambahan 120 pelajar tingkatan 4, sesi 2010.
  • Selain itu sekolah ini juga mempunyai kelas tingkatan 6 iaitu sebanyak 9 kelas termasuk 1 kelas 6 rendah aliran sains yang telah diluluskan pembukaannya mulai ABM 2010. Ia menampung pelajar pasca SPM dari sekolah feeder iaitu SMK Jengka 6 dan  SMK Jengka 21. Pada era 1990-an kecemerlangan akademik  STPM sekolah ini muncul sebagai yang terbaik di negeri Pahang. Pada masa kini usaha untuk memperkasa semula tingkatan 6 sedang giat dijalankan.
  • Sebagai sekolah ”primer Felda” ia mempunyai kemudahan yang agak  lengkap seperti asrama, dewan sekolah, makmal sains dan komputer, pusat akses sekolah, pusat sumber sekolah, bengkel Kemahiran Hidup dan Bengkel MPV, bilik kuliah dan juga 5 blok bangunan yang memuatkan 46 bilik darjah.
  • Daripada segi enrolmen terdapat 1221 orang pelajar yang terdiri daripada anak dan cucu peneroka di Felda Jengka 2, Jengka 3 dan Felda Ulu Jempol. Selain itu ia juga menampung pelajar dari kampung tradisional Kuala Sentul Maran, pelajar cina dari pekan Sungai Jerik dan juga pelajar India dari estet Chenor. Oleh sebab itu enrolmen pelajar sekolah ini adalah bersifat multiracial dan amat sesuai untuk menjayakan konsep ”ONEMALAYSIA”

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang

26400 Bandar Jengka, Pahang

No Tel : 09-4677103

Faks : 09-4677102

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website : http://www.kmtph.matrik.edu.my

 

VISI

KMTPH sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan sahsiah unggul menjelang tahun 2015

MISI

Memperkasa potensi pelajar melalui pendidikan berkualiti pra universiti

MOTTO

" Penjana Kegemilangan "

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) asalnya adalah Sekolah Menengah Teknik Jengka. Pada akhir tahun 2008, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat tinggi semasa yang kian berkembang.

Terletak di atas tapak berkeluasan 40.06 ekar (16.21 hektar) dan berhampiran dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka menjadikan kedudukannya hanya 8 km dari bandar Jengka dan mudah dihubungi dengan adanya laluan keluar di Chenor melalui Lebuhraya Pantai Timur. Ia juga boleh dihubungi melalui laluan bandar Maran dan Jerantut ke Bandar Jengka.

Pada awal penaiktarafan, kolej ini telah diurustadbir oleh pegawai ”Task Force” seramai 4 orang yang diketuai oleh seorang Pengarah dengan dibantu oleh 20 orang pensyarah. Tanggungjawab awal pasukan ini adalah untuk merangka dan menggerakkan budaya kerja matrikulasi. Pada masa yang sama membuat persediaan untuk kemasukan pelajar sulungnya pada 11Mei 2009.

Kolej ini menawarkan pengajian satu tahun (PST) dalam Jurusan Teknikal. Kelayakan masuk untuk mengikuti jurusan yang ditawarkan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi KPM berdasarkan kepada keputusan SPM dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pembelajaran pengajian dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Kaedah tersebut diaplikasikan untuk menyediakan dan melengkapkan diri pelajar kepada konsep belajar di menara gading. Proses pengajaran memfokus dan menjana pelajar ke arah mencapai keunggulan dalam setiap kecemerlangan seiring dengan motto, visi dan misi kolej.

 


 

UiTM Jengka Pahang

UITM Cawangan Jengka

26400 Bandar Jengka, Pahang

No Tel : 09-4602000

Website : http://pahang.uitm.edu.my/v1/

Vision

Untuk mewujudkan UiTM sebagai universiti perdana kesarjanaan dan kecemerlangan akademik mampu memberikan kepimpinan kepada penglibatan dinamik Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia bagi melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global bertaraf etika yang kukuh.

Mission

Untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang pengajian melalui program-program profesional, penyelidikan dan khidmat masyarakat berdasarkan nilai-nilai moral dan profesional.


 

Kolej Sentral Jengka

Warisan Jengka Education Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1998 dan mula beroperasi pada Julai 1999, sebuah IPTS yang berfungsi sebagai akademik, latihan kemahiran dan pengurusan di Bandar Jengka, Pahang selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan kuantiti serta kualiti IPTS di kawasan luar bandar.

Berdasarkan keperluan dan kepentingan pendidikan di peringkat lebih tinggi. Kolej Sentral menawarkan akademik dan program vakasional di peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (pengiktirafan JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Kolej Sentral Jengka

Desa Jaya, 26400 Bandar Jengka, Pahang

No Tel : 09-4677777

Website : http://kolejsentral.edu.my/v1/