1) Promosi PI & KDB

Tarikh : 12 September 2017

Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi : Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 66 Orang 

 

Tujuan

Sempena Bulan Kebajikan Negara, PI Felda Jengka 3 dijemput untuk memberi taklimat berkenaan Program Klik Dengan Bijak supaya pelajar sekolah dan komuniti didedahkan dengan pelbagai kebaikan dan keburukan penggunaan internet.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada PI yang melibatkan objektif penubuhan, kemudahan yang disediakan, aktiviti dan lain-lain. Seterusnya, peserta diberikan penerangan tentang maksud Klik Dengan Bijak, perkara-perkara yang perlu diingati ketika melayari internet, baik dan buruk penggunaan internet jika tidak berwaspada dan sebagainya. Tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak juga ditayangkan sepanjang taklimat diberikan untuk memudahkan peserta memahami dengan lebih baik. Soalan kuiz berkaitan KDB turut diberikan untuk menguji pemahaman peserta dan hadiah saguhati turut diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat. Sepanjang program diadakan, Booth Klik Dengan Bijak juga disediakan untuk orang ramai mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan KDB.

Gambar Disini

 

2) Hari Dashboard Komuniti

Tarikh : 24 September 2017

Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 45 Orang 

 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti Mykomuniti, Mysoal, Myskool, Myshop, Myhealth, Myplace dan lain-lain.

Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti iaitu ahli PI boleh menggunakan modul ini untuk menghebahkan maklumat atau aktiviti kepada komuniti di sekitar Jengka 3. Manakala, menerusi Mysoal, ahli PI boleh membuat aduan kepada PBT yang telah berdaftar dengan Dashboard Komuniti. Untuk Myhealth, peserta dapat memeriksa tekanan darah dan berat serta dapat merekod bacaan setiap kali membuat pemeriksaan. Peserta dapat melihat rekod pemeriksaan mereka menerusi modul Myhealth yang dipaparkan dalam Dashboard Komuniti. Petugas PI turut memperkenalkan modul Myshop. Peserta diberikan pendedahan tentang kelebihan dan cara mengunakan Myshop untuk memuat-turun produk mereka. Beberapa peserta menjalani sesi fotografi produk untuk dimuat-turun dalam Myshop. Modul Myplace antara aplikasi yang baru diperkenalkan juga diterangkan kepada peserta dimana mereka dapat berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Jengka 3 seperti homestay, tempat makan, tempat ibadah dan sebagainya.

Gambar Disini