Masakan berasaskan Ayam Kampung

 

Masakan yang berasaskan Ayam Kampung sangat terkenal di kawasan daerah Maran antaranya ayam kampung goreng, gulai ayam kampung, sup ayam kampung dan lain-lain

 

Masak Tempoyak Ikan Patin

Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang malah di bandar Temerloh sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Masakan ini hanya menggunakan ikan patin, tempoyak, cili padi, kunyit dan daun kesum.

 

 Sambal Hitam Pahang

Sambal Hitam ini sangat terkenal di Negeri Pahang. Sajian ini sangat enak, ringkas, tahan lama dan sesuai dimakan bersama nasi atau roti. Hanya 4 bahan yang diperlukan untuk menyediakan sambal ini iaitu ikan bilis, belimbing buluh, bawang dan cili padi.

 

Dodol Kukus

Dodol kukus adalah adalah antara kuih tradisi negeri Pahang. Menu ini banyak di jual di pasar atau pekan sehari kawasan Temerloh.

 

 

Kuih Pena

Kuih Pena merupakan antara kuih tradisi negeri Pahang yang boleh didapati jual di pasar tani dan pekan sehari kawasan Temerloh dan Maran

 

Kuih Badak Kubang

Terkenal di Daerah Temerloh

 

Puding Raja

Puding Raja merupakan pemanis mulut tradisi istana Pahang yang terkenal dengan keenakan rasa lemak manis yang memikat selera masyarakat. Bahan utamanya adalah pisang  dihias dengan jala emas(telur), gajus, ceri, buah prine dan dimakan bersama sos kastard pekat. Ia sangat terkenal di Daerah Pekan.

 

Opor Daging

Masakan Opor Daging sangat terkenal terutamanya di Daerah Pekan. Menu ini sangat popular dihidangkan dalam majlis perkahwinan, kesyukuran dan jamuan.