1) Promosi PI, KDB & Mobile E-Waste

Tarikh : 20 & 22 Oktober 2017

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 16 Orang 

Tujuan

Program Klik Dengan Bijak merupakan penerangan tentang kebaikan dan kelemahan penggunaan ICT mengikut kesesuaian pengguna/pelatih. 

Program e-waste memberi penjelasan tentang kelebihan-kelebihan Mobile E-waste dalam membentuk masyarakat untuk mencintai alam sekitar. Disamping menerangkan bahaya e-sisa kepada kesihatan dan persekitaran.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan tentang maksud Klik Dengan Bijak, perkara-perkara yang perlu diingati ketika melayari internet, baik dan buruk penggunaan internet jika tidak berwaspada dan sebagainya. Peserta juga dapat mengetahui tentang cara pengurusan e-sisa dengan lebih baik untuk menjaga kesihatan dan alam sekitar. Seterusnya, tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak  ditayangkan sepanjang taklimat diberikan untuk memudahkan peserta memahami dengan lebih baik. Soalan kuiz berkaitan KDB dan e-waste turut diberikan untuk menguji pemahaman peserta dan hadiah saguhati turut diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Gambar Disini

 

2) Kelas Microsoft Office & Online

Tarikh : 7,14,15,16,17,19, 20, 22 dan 29 Oktober 2017

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari dan 3.00 petang – 5 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 53 Orang (SK & SMK) 

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui asas pembelajaran tentang fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini dalam pembelajaran di sekolah.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap kecekapan menaip kepada peserta agar mereka lebih mahir lagi.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (klik dengan bijak). Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar, dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk, dan memasukkan gambar. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Publisher dimana mereka menghasilkan kad ucapan sempena Hari Lahir. Bagi pelajar SMK pula diajar untuk mencari online maklumat tentang kajian kursus (Sejarah & Geografi).

Gambar Disini