1) Latihan Dashboard Komuniti - Pertandingan Dashboard Komuniti

Tarikh : 10, 17, 19, 22, 24, 25, 26,28, 29 & 30 November 2017

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi, 11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari, 3.00 – 4.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 44 Orang 

Tujuan

Tujuan latihan diadakan adalah untuk menggalakkan ahli PI untuk menyertai Pertandingan Dashboard Komuniti serta memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.

  1. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti iaitu ahli PI boleh menggunakan modul ini untuk menghebahkan maklumat atau aktiviti kepada komuniti di sekitar Jengka 3.
  2. Manakala, menerusi Mysoal, ahli PI boleh membuat aduan kepada PBT yang telah berdaftar dengan Dashboard Komuniti. Peserta juga diminta mencuba untuk membuat hebahan atau aduan yang berkaitan.
  1. Petugas PI turut memperkenalkan modul Myshop. Peserta diberikan pendedahan tentang kelebihan dan cara mengunakan Myshop untuk memuat-turun produk mereka. Peserta yang mempunyai produk diminta untuk memuatnaik produk mereka ke myshop.
  1. Modul Myplace turut diperkenalkan juga kepada peserta dimana mereka dapat berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Jengka 3 seperti homestay, tempat makan, tempat ibadah dan sebagainya. Peserta yang mempunyai maklumat berkaitan tempat yang menarik sekitar Jengka 3 diminta untuk memuatnaik maklumat tempat tersebut.

Gambar Disini

 

2) Kelas Microsoft Office & Online

Tarikh : 4, 5, 12,15 dan 25 November 2017

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari dan 3.00 petang – 5 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 31 Orang (SK & SMK) 

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran menaip peserta agar mereka lebih mahir lagi.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (klik dengan bijak).

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar, dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk, dan memasukkan gambar. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com.
  1. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Publisher dimana mereka menghasilkan kad ucapan sempena Hari Lahir, menghasilkan Kalendar Peribadi 2018 dan brosur. Pertandingan menghasilkan kad ucapan, calendar dan brosur diadakan di akhir sesi pembelajaran untuk menguji tahap pemahaman mereka.

Gambar Disini