1) Promosi PI, KDB dan Kemaskini BR1M 2018

Tarikh : 4, 5, dan 6 Disember 2017

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 50 Orang 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk meningkatkan tahap bijak IT di kalangan komuniti. Disamping belajar menggunakan internet dengan bijak.


Aktiviti

Program dimulakan dengan menerangkan kepada pengunjung-pengunjung tentang kemudahan yang terdapat di Pusat Internet. Kemudian peserta juga dijelaskan tentang penggunaan internet dengan bijak (klik dengan bijak) seperti cara-cara melayari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengemaskini BR1M 2018.Oleh itu, ramai pengunjung dapat mengemaskini BR1M mereka dengan mudah dan cepat.

Gambar Disini

 

2) Latihan Dashboard Komuniti - Pertandingan Dashboard Komuniti

Tarikh : 2, 8, 11, 14, 15, 16 & 19 Disember 2017

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi, 11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari, 3.00 – 4.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 35 Orang (13 Tahun Ke atas) 

Tujuan

Tujuan latihan diadakan adalah untuk menggalakkan ahli PI untuk menyertai Pertandingan Dashboard Komuniti serta memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.


Aktiviti

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat menyertai pertandingan Dashboard Komuniti yang akan tamat penghujung tahun ini. Mereka juga diberi penerangan dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PI yang menyediakan satu platform kepada ahli PI untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3.


Gambar Disini

 

3) Program Cuti Sekolah : Kelas Microsoft Office & Movie Maker

Tarikh : 9, 12,15 dan 19 Disember 2017

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 30 Orang (SK & SMK) 

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah.Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran menaip peserta agar mereka lebih mahir lagi.

Program/latihan Movie Maker memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui tentang fungsi dan kelebihan software Movie Maker supaya mereka dapat menggunakan perisian ini dengan baik di sekolah.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (klik dengan bijak). Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar, dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk, dan memasukkan gambar. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Publisher dimana mereka menghasilkan kad ucapan sempena Hari Lahir, menghasilkan Kalendar Peribadi 2018 dan brosur. Selain itu, peserta diberi pendedahan mengenai perkara asas mereka-cipta movie seperti memasukkan gambar, menulis caption, mereka corak latar belakang, memasukkan muzik latar dan sebagainya. Seterusnya, peserta menghasilkan sebuah movie maker mengikut kerativiti masing-masing.

Gambar Disini