1) Latihan Dashboard Komuniti

Tarikh : 25, 26, 28 &  31 Januari 2018

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 15 Orang 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti iaitu ahli PI boleh menggunakan modul ini untuk menghebahkan maklumat atau aktiviti kepada komuniti di sekitar Jengka 3. Manakala, menerusi Mysoal, ahli PI boleh membuat aduan kepada PBT yang telah berdaftar dengan Dashboard Komuniti. Peserta juga diminta mencuba untuk membuat hebahan atau aduan yang berkaitan.

Petugas PI turut memperkenalkan modul Myshop. Peserta diberikan pendedahan tentang kelebihan dan cara mengunakan Myshop untuk memuat-turun produk mereka. Peserta yang mempunyai produk diminta untuk memuatnaik produk mereka ke myshop. Modul Myplace turut diperkenalkan juga kepada peserta dimana mereka dapat berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Jengka 3 seperti homestay, tempat makan, tempat ibadah dan sebagainya. Peserta yang mempunyai maklumat berkaitan tempat yang menarik sekitar Jengka 3 diminta untuk memuatnaik maklumat tempat tersebut.

Gambar Disini

 

2) Kelas Microsoft Office

Tarikh : 13, 14,15, 18, 20, 21, 27 dan 28 Januari 2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari & 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 38 Orang (SK & SMK) 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk memperkenalkan serta mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (klik dengan bijak). Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk carta pai, carta bar, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut di masukkan ke dalam Microsoft Word.

Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Publisher dimana mereka menghasilkan brosur untuk digunakan ketika sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, peserta juga belajar menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan slide pembentangan untuk digunakan disekolah. Mereka belajar cara menghasilkan slide yang menarik dan berinformasi untuk memudahkan rakan-rakan memahami topik yang dibentangkan.


Gambar Disini