1) Promosi Pi1M, KDB & Ewaste

Tarikh : 7, 8 dan 28.7.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 36 orang pelajar SK

Tujuan

Program e-waste yang dianjurkan oleh SKMM, - memberi penjelasan tentang kelebihan-kelebihan program e-waste dalam membentuk masyarakat untuk mencintai alam sekitar. Disamping menerangkan bahaya e-sisa kepada kesihatan dan persekitaran.

  1. Program Klik dan Bijak tip-tip untuk Remaja turut dilaksanakan. Penerangan tentang kebaikan dan kelemahan penggunaan ICT mengikut kesesuaian pengguna/pelatih.

 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan tentang maksud Klik Dengan Bijak, perkara-perkara yang perlu diingati ketika melayari internet, baik dan buruk penggunaan internet jika tidak berwaspada dan sebagainya.

  1. Peserta juga dapat mengetahui tentang cara pengurusan e-sisa dengan lebih baik untuk menjaga kesihatan dan alam sekitar. Tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak juga ditayangkan sepanjang taklimat diberikan untuk memudahkan peserta memahami dengan lebih baik.
  1. Pertandingan jigsaw puzzle, beberapa soalan kuiz berkaitan KDB dan e-waste turut diberikan untuk menguji pemahaman peserta dan hadiah saguhati diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Gambar Disini

 

2) Microsoft Office (Word, Publisher) & Online

Tarikh : 1, 7, dan 21.7.2018 & 1, 15, 22 dan 29.7.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari & 3.00 ptg – 4.00 ptg

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : Lebih kurang 48 orang pelajar SK & SMK

(7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, power point dan publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

  1. Manakala Microsoft Power Point dan Excel dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan fungsi dan kelebihan perisian tersebut supaya mereka dapat mengaplikasikan perisian tersebut ketika di sekolah.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk carta pai, carta bar, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  1. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Power point dimana mereka mereka slide untuk digunakan ketika sesi pembelajaran di sekolah.

Gambar Disini