1) Pertandingan Cross Word, Word Search, Word Scramble & Puzzle Online Raya & Merdeka 2018

Tarikh : 18 & 26.8.2018  

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 19 orang pelajar SK & SMK

Tujuan

Pertandingan ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan Hari Raya Korban dan Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun serta meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap perayaan tersebut.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak).

  1. Peserta diminta untuk membentuk 4 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberikan 3 set soalan berkaitan Hari Raya Korban yang terdiri daripada Crossword, Word Search dan Word Scramble. Kemudian mereka diminta untuk menyiapkan gambar Hari Raya Korban secara online (www.jigsawplanet.com). Kumpulan yang menyiapkan kesemua tugasan dengan pantas dan tepat dikira sebagai pemenang.
  1. Manakala, untuk pertandingan Hari Kebangsaan, beberapa orang peserta diminta untuk menyiapkan Crossword berkaitan Hari Kebangsaan dan 3 orang peserta yang paling cepat dan tepat menjawab soalan tersebut dikira sebagai pemenang.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan, E-pembelajaran dan Online

Tarikh : 1, 9, 10, 16, 25 dan 29.8.2018

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 12 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan.

 

Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer, google chrome dan mozilla firefox untuk mencari maklumat/info.

  1. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran bagi urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Bagi peserta kategori belia lepasan SPM, Matrikulasi dan STPM – melayari website yang berkaitan untuk mengisi permohonan online IPT, permohonan pinjaman pendidikan, biasiswa dan sebagainya.

Gambar Disini