1) Latihan Dashboard Komuniti (Mykomuniti, Myshop, Myhealth, Mysoal dll)

Tarikh : 10, 15, 27, dan 28.9.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 orang ( 18 thn ke bawah)

                              5 orang (dewasa)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PI yang menyediakan satu platform kepada ahli PI untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.

  1. Petugas PI turut memperkenalkan modul-modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti iaitu my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.
  1. Peserta-peserta membuat ucapan sempena Awal Muharram dan Hari Malaysia dalam Mykomuniti.

Gambar Disini

 

2) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (Word, Publisher) & Online

Tarikh : 1, 8, 10, 15, 17, 22, 23 dan 29.9.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 63 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

  1. Manakala Microsoft Power Point dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan fungsi dan kelebihan perisian tersebut supaya mereka dapat mengaplikasikan perisian tersebut ketika di sekolah.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word dan Publisher seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  2. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Power point dimana mereka mereka slide untuk digunakan ketika sesi pembelajaran di sekolah.

Gambar Disini