1) Kelas Keusahawanan, Ms Office, Movie Maker dan Online

Tarikh : 11, 13, 17 19 dan 23.10.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 10 orang

Tujuan

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, mencipta video, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.


Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer, google chrome dan mozilla firefox untuk mencari maklumat/info.

  1. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran bagi urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta juga diajar untuk mencipta video menggunakan perisian movie maker dengan memasukkan captian, gambar dan menggabungkan video-video serta muzik latar yang bersesuaian.

Gambar Disini

 

2) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office, Movie Maker & Online

Tarikh : 6, 7, 13, 20, 27 dan 28.10.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 55 orang pelajar SK & SMK

(7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus.

Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus. Peserta juga dapat mencipta video menggunakan perisian movie maker mengikut kreativiti mereka.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  1. Peserta turut diajar menggunakan Ms Publisher untuk mencipta kad ucapan online mengikut kreativiti masing-masing. Manakala MS Power Point, peserta diajar tentang mencipta slide presentation yang menarik bagi meningkatkan tahap kemahiran ICT mereka.
  2. Peserta juga diajar untuk mencipta video menggunakan perisian movie maker dengan memasukkan captian, gambar dan menggabungkan video-video serta muzik latar.

Gambar Disini