1) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office dan Online

Tarikh : 12,16, 26, dan 28.12.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

15 orang pelajar SK & SMK

15 orang Belia & dewasa

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta (sk & smk) untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

  1. Bagi peserta kategori belia dan dewasa pula, dapat mencipta/membuat resume yang lengkap dan menarik menggunakan ms word dan mengedit gambar menggunakan paint.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  1. Peserta kategori belia dan dewasa pula, dapat mencipta/membuat resume yang lengkap dan menarik dengan menggunakan ms word dan mengedit gambar menggunakan paint.

Gambar Disini

 

2) Latihan Dashboard Komuniti (kuiz mycareer, mykomuniti, myhealth)

Tarikh : 3, 5, 6, 7, 10, 12 dan 16.12.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 8 orang (sk), 18 orang (smk) dan 15 orang (18thn ke atas)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PI yang menyediakan satu platform kepada ahli PI untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3.

Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.

  1. Petugas PI turut memperkenalkan modul-modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti iaitu my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain. Peserta 13 tahun ke atas menjawab kuiz dashboard komuniti yang merangkumi 20 soalan berkaitan MyCareer.
  1. Peserta-peserta membuat ucapan sempena cuti sekolah akhir tahun dalam Mykomuniti. Petugas mempromosi T-shirt DK untuk peserta memuat turun aplikasi dashboard komuniti.

Gambar Disini