1) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office dan Online

Tarikh : 5, 6, 13, 20 dan 21.1.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

23 orang pelajar SK & SMK

(7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

  1. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.
  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  1. Peserta turut diajar menggunakan Ms Publisher untuk mencipta poster/artikel mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian menukarkan ke bentuk jpeg untuk dimuat-naik dalam mykomuniti dashboard.

Gambar Disini

 

2) Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet 2019

Tarikh : 19.1.2019

Masa : 8.00 pagi - 5.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 124 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk mempromosi Pi, meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri, memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain.

Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang klik dengan bijak, laman sesawang sebenarnya.my serta kepentingan mobile e-waste.

Aktiviti

Program bermula dengan pendaftaran pengunjung. Kemudian disusuli dengan aktiviti senamrobik, dan berjalan 1000 langkah. Seterusnya Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan) yang dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Jengka 2.

  1. Bagi sesi Taklimat Dashboard Komuniti, petugas Pi memberi penjelasan tentang pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Sesi program/aktiviti Advokasi pula, Klik dengan Bijak diberi penjelasan oleh petugas Pi untuk memberi kesedaran tentang penggunaan internet (klik dengan bijak) tip-tip melayari internet dengan bijak, juga mewar-warkan laman sesawang sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media dan internet.
  1. Kemudian, beberapa video kesihatan ditonton oleh lebih 20 orang komuniti untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. Pertandingan lain seperti myshop - masakan dan minuman kesihatan, myplace - melabel lokasi pusat penjagaan/kesihatan, mykomuniti – membuat artikel/poster berkaitan kesihatan/kebersihan alam sekitar.
  1. Pada akhir majlis, penghargaan dan hadiah/cenderahati kepada peserta yang memenangi pertandingan serta beberapa cabutan nombor bertuah telah dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar Disini