1) Latihan Microsoft Office, Klik dengan Bijak, Mobile e-waste, online dan pertandingan/kuiz

Tarikh : 3, 7, 10, 16, 17, dan 23.2.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

80 orang pelajar SK & SMK

(7 hingga 18 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

  1. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.
  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  1. Peserta turut diajar menggunakan Ms Publisher untuk mencipta poster, kalender mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian menukarkan ke bentuk jpeg untuk dimuat-naik dalam mykomuniti dashboard. Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz online mengikut latihan ICT pada hari tersebut.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan ( Perbankan Online, FB, Gmail, Ms Office, e-kerajaan dan Online)

Tarikh : 9, 25, 26, 27 dan 28.2.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 16 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, mencipta video, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya.

  1. Peserta membuat surat rasmi menggunakan Microsoft office (word). Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer, google chrome dan mozilla firefox untuk mencari maklumat/info. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya.

Gambar Disini