1) Program Myhealth Bersama Pusat Internet Felda Jengka 3

Tarikh : 6.3.2019

Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

23 orang (Dewasa & Belia)

Tujuan

  • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada komuniti setempat. Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri dengan memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain.

Aktiviti

  • Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan). Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Online)

Tarikh : 5, 11, 14, 18 dan 22.3.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 16 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT. Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

Aktiviti

  • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer, google chrome dan mozilla firefox untuk mencari maklumat/info. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta belajar menggunakan ms word untuk menaip surat dan lain-lain. Peserta melayari e-kerajaan (https://public.moe.gov.my)untuk mengisi borang pendaftaran tahun 1 secara online.

Gambar Disini

 

3) Latihan Microsoft Office (word, publisher dll)

Tarikh : 1, 3, 9, 17, dan 30.3.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari & 3 petang -4.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 16 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

  • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada peserta. Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.
    • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

Aktiviti

  • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.
  • Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.

Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz online mengikut latihan ICT pada hari tersebut.

Gambar Disini