1) Program Ramadhan - Bacaan Yaasin, Promosi PI, Klik dengan Bijak & Myhealth

Tarikh : 21.5.2019

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

29 orang (Dewasa, Belia & Warga Emas)

Tujuan

      • Mengeratkan hubungan dan mendekatkan Pi dengan komuniti setempat (Persatuan PAWE & GPW)
      • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan komuniti setempat tentang penjagaan kesihatan diri dan keluarga.
      • Memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan di Pi seperti cetakan, kelas komputer selain Dashboard Komuniti.

Aktiviti

      • Promosi PI & Klik dengan Bijak. Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula,kaunseling kesihatan). Bacaan Yaasin diteruskan sempena menyambut bulan Ramadhan.

Gambar Disini

 

2) Latihan Microsoft Office (Word, Publisher dll), Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 4, 30 & 31.5.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 24 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

 

Aktiviti

      • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word & Publisher.
      • Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz online berkaitan bulan Ramadhan dan Syawal.

Gambar Disini

 

3) Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Online)

Tarikh : 9,11, 12, 16, 17 dan 25.5.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  15 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

 

Aktiviti

    • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info.
    • Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta belajar menggunakan Ms Word untuk menaip surat, membuat kertas kerja, jadual, brosur dan lain-lain serta menggunakan Excel untuk menaip akaun kewangan.
    • Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi. Peserta mendaftar perbankan atas talian. Peserta melayari e-kerajaan berkaitan IPT, Politeknik dll

 

Gambar Disini