1) Program Klik Dengan Bijak (maklumat palsu di internet) & Dashbord Kamuniti - Myhealth Bersama Pusat Internet Jengka 3

Tarikh : 28.6.2019

Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

20 orang (Dewasa, Belia & Warga Emas)

Tujuan

      • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti setempat. Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri dengan memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain.

Aktiviti

    • Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan). Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. 

 

Peserta juga diberikan taklimat berkaitan maklumat palsu di internet atau media sosial (Klik Dengan Bijak) supaya mereka mendapat sedikit pendedahan dan tidak mudah tertipu dengan apa sahaja maklumat di media sosial.


Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Online)

Tarikh : 9,12,15 & 26.6.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 10 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

Aktiviti

      • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info.
      • Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta belajar menggunakan Ms Word untuk menaip surat, membuat kertas kerja, jadual, brosur dan lain-lain serta menggunakan Excel untuk menaip akaun kewangan.
      • Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi. Selain itu, peserta turut mendaftar perbankan atas talian dan melayari e-kerajaan berkaitan IPT, Politeknik dll

Gambar Disini

 

3) Latihan Microsoft Office (word, publisher dll) Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 16, 17, 20, 22, 23, 24 & 30.6.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  41 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

  • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada peserta. Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan komputer dan internet dengan baik seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.
  • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari perisian Microsoft Word, Powerpoint & Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan kerja sekolah atau kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi penerangan berkaitan fungsi dan penggunaan pelbagai jenis perkakasan komputer.

 

Aktiviti

    • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
    • Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word & Publisher.
    • Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word, Powerpoint & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz online berdasarkan latihan word yang diberikan

 

Gambar Disini