1) Program Hari Bersama Komuniti 2019

Tarikh : 4 & 5.9.2019

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 102 orang (Umum)

 

Tujuan

        • Mengeratkan hubungan dan mendekatkan Pi dengan komuniti setempat dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan komuniti setempat tentang penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

          Memberi kesedaran tentang penggunaan internet dengan bijak serta mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media dan internet dan meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat tentang bahaya e-sisa, kepentingan menjaga alam sekitar dan lain-lain.

          Memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di Pi iaitu Dashboard Komuniti.


Aktiviti

      • Program bermula dengan pendaftaran pengunjung. Kemudian disusuli dengan aktiviti teka silang kata, suai padan ICT. Seterusnya Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan) yang dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Jengka 2.

        1. Bagi sesi Taklimat Dashboard Komuniti, petugas Pi memberi penjelasan tentang pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.
        1. Sesi program/aktiviti Advokasi pula, Klik dengan Bijak diberi penjelasan oleh petugas Pi untuk memberi kesedaran tentang penggunaan internet (klik dengan bijak) tip-tip melayari internet dengan bijak, juga mewar-warkan myfreeview tv dan laman sesawang sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media dan internet.
        1. Kemudian, taklimat perkhidmatan dari KWSP dan ceramah kesihatan dari Klinik Kesihatan Jengka 2 dan taklimat dari beberapa usahawan tempatan. Sekitar jam 12.00pm, majlis perasmian dilaksanakan yang disertai dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh pengurus PI dan ucapan perasmian.
        1. Pada akhir majlis, penghargaan dan hadiah/cenderahati kepada peserta yang memenangi pertandingan serta beberapa cabutan nombor bertuah telah dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar Disini

 

2) Latihan Dashboard Komuniti, Microsoft Office, Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 14, 15 & 21.9.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 25 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus.

Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

Aktiviti

        • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

        • Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word & Publisher.

          Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.

        • Peserta mencipta kad ucapan online (Hari Malaysia ke 56) menggunakan Ms Publisher untuk dimuat-naik dalam mykomuniti. Selain itu, Kuiz online (quiziz.com) berkaitan Sejarah Malaysia turut diberikan kepada peserta yang hadir untuk menambah ilmu pengetahun mereka berkaitan Malaysia.

Gambar Disini