1) Latihan Dashboard Komuniti,  Microsoft Office (Word, Publisher dll) Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 12, 13, 16 & 26.10.2019

Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengahari & 3.00 petang - 5 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

24 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

        • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari teknik-teknik menggunakan  Microsoft Word, Powerpoint dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya .

Aktiviti

      • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan perkakasan komputer supaya mereka menggunakan tetikus, papan kekunci, monitor dengan lebih cekap lagi dan kuiz (Quizizz) berkaitan perkakasan komputer diberikan bagi menguji tahap kefahaman mereka.
      • Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Powerpoint & Publisher.
      • Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word, Powerpoint & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian Microsoft Office dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.

Gambar Disini

 

2) Promosi MyFreeview & Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Perbankan Online)

Tarikh : 1, 4, 10, 15 & 25.10.2019

Masa : 10.00 pagi - 11.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 19 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

Aktiviti

          • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diberikan pendedahan mengenai Myfreeview TV berkaitan perkhidmatan, fungsi serta kelebihannya dan Flyers diedarkan kepada setiap peserta.
          • Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya.
          • Peserta belajar menggunakan Ms Word untuk menaip surat, membuat kertas kerja, jadual, brosur dan lain-lain serta menggunakan Excel untuk menaip akaun kewangan. Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi serta membuat pendaftaran perbankan atas talian seperti Maybank2u
          • Peserta turut melayari e-kerajaan untuk menjawab peperiksaan berkaitan spa.gov.my dan peserta juga belajar cara-cara  menjual dan membeli secara online di lazada.com.my & shopee.com.my.

Gambar Disini

 

3) Promosi MyFreeview & Dashboard Kamuniti - Myhealth Bersama Pusat Internet Jengka 3

Tarikh : 8.10.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  20 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

      • Mengeratkan hubungan dan mendekatkan Pi dengan komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan komuniti setempat tentang Diabetes & Tekanan Darah Tinggi melalui tayangan video yang disediakan.
      • Memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan di Pi seperti cetakan, kelas komputer selain Dashboard Komuniti. Turut memberi pendedahan berkaitan My Freeview TV berkaitan kemudahan, fungsi dan kelebihan My Freeview TV kepada komuniti. 

 

Aktiviti

    • Program dimulakan dengan mempromosikan Myfreeview TV berkaitan perkhidmatan, fungsi serta kelebihannya dan Flyers diedarkan kepada setiap peserta.
    • Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan).
    • Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. (Video Diabetes Dan Anda & Tekanan Darah Tinggi)

Gambar Disini