1) Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Bersama Pusat Internet 2019

Tarikh : 27.11.2019

Masa : 8.00 pagi - 5 petang

Lokasi : Dewan GPW Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 92 orang (Umum)

Tujuan

          • Mengeratkan hubungan dan mendekatkan Pi dengan komuniti setempat. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan komuniti setempat tentang penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Memberi kesedaran tentang penggunaan internet dengan bijak serta mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media dan internet. Meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat tentang bahaya e-sisa, kepentingan menjaga alam sekitar dan lain-lain. Memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di Pi iaitu Dashboard Komuniti.

Aktiviti

        • Program bermula dengan pendaftaran pengunjung. Kemudian disusuli dengan aktiviti senamrobik dan berjalan 1000 langkah. Terdapat juga Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan) yang dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Jengka 2.
        • Pelbagai Pertandingan Permainan Rakyat seperti congkak, anyaman ketupat, batu seremban dan sebagainya diadakan untuk memeriahkan majlis. Beberapa video kesihatan, Klik Dengan Bijak (jenayah scam), mobile e-waste, check your label ditonton oleh lebih 50 orang pengunjung untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian dan advokasi. Beberapa soalan berkaitan video turut diajukan kepada penonton.
        • Pertandingan lain seperti sandwich sihat (muatnaik dalam myshop), membuat artikel Pusat Internet di Hatiku (muatnaik dalammykomuniti). Pada akhir majlis, sedikit penghargaan dan hadiah/cenderahati diberikan kepada juri dan peserta-peserta yang memenangi pertandingan serta beberapa cabutan nombor bertuah telah dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan ( Gmail, Ms Office, E-kerajaan SPA,E-Kerajaan)

Tarikh : 7, 13, 20 & 25.11.2019

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 9 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

  • Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online serta perniagaan online.

 

Aktiviti

            • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info.
            • Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta juga belajar menggunakan Ms Publisher untuk mereka cipta brosur dan sticker perniagaan mereka.
            • Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi. Peserta mendaftar perbankan atas talian seperti Maybank2u. Peserta turut melayari e-kerajaan seperti menjawab soalan peperiksaan berkaitan spa.gov.my dan pendaftaran online (anak) tingkatan 1 SMA Pahang. https://esma.pahang.gov.my/

Gambar Disini

 

3) Microsoft Office, Online, Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 2, 23 & 28.11.2019

Masa : 3.00 petang - .4.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  9 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada peserta. Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher, Power Point supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

Aktiviti

    • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan perkakasan komputer seperti tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

      Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Publisher & Power Point. Peserta diberi pendedahan untuk mengisi borang pendaftaran online tingkatan 1 SMA Pahang. https://esma.pahang.gov.my/

Gambar Disini