1) Program Cuti Sekolah, Microsoft Office (Word, Publisher dll) Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 4, 9, 11, 23, 24, 28, 30 & 31.12.2019

Masa : 10.00 pagi – 11.00 tengahari & 3.00 petang - 4 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

37 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher, Power Point supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus.

Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus dan peserta mengisi permohonan sma, sekolah vokasional dan upu secara online.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Publisher & Power Point.

Peserta diberi pendedahan untuk mengisi borang pendaftaran online tingkatan 1 SMA Pahang. https://esma.pahang.gov.my/,  sekolah vokasional dan upu secara online.


Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan ( Gmail, Ms Office, E-kerajaan SPA )

Tarikh : 5, 9, 13, 19 & 31.12.2019

Masa : 10.00 pagi - 11.00 tengahari & 3.00 petang – 4.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 10 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

  • Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online sera perniagaan online.

Aktiviti

          • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya.
          • Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi dan melayari e-kerajaan seperti menjawap peperiksaan berkaitan spa.gov.my dan pendaftaran online (anak) tingkatan 1 SMA Pahang.https://esma.pahang.gov.my/

Gambar Disini