1) Microsoft Office, Online, Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 11, 12, 18 & 19.1.2020

Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi & 3.00 petang - 4 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

15 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada peserta dan memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher, Power Point supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus.

Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Publisher & Power Point.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan ( Ms Office, Gmail, E-kerajaan, E-Perniagaan)

Tarikh : 2, 6, 8, 14, 16, 23, 24, 28 & 29.1.2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 tengahari & 3.00 - 4.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online sera perniagaan online.

Aktiviti

          • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info.
          • Peserta mencipta resume (ms word) yang bersuaian mangikut tahap kemahiran dan pendidikan untuk memohon pekerjaan. Peserta (usahawan Amanah Ikhtiar) belajar mencipta akaun syarikat (ms excel) supaya lebih sistematik dalam kira-kira kewangan.
          • Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, permohonan pekerjaan online.
          • Peserta melayari perbankan dalam talian untuk memudahkan urusan jual-beli secara maya.

Gambar Disini

 

3) Promosi MyFreeview & Dashboard Kamuniti - Myhealth Bersama Pusat Internet Jengka 3

Tarikh : 31.1.2020

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  15 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

    • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti setempat.

      • Mempromosikan Myfreeview TV yang merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat.
      Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri dengan memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain.

 

Aktiviti

  • Program dimulakan dengan mempromosikan Myfreeview TV berkaitan perkhidmatan, fungsi serta kelebihannya dan Flyers diedarkan kepada setiap peserta.
  • Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan). Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. (Video Tip Penjagaan Mata & Makanan Tinggi Serat)

Gambar Disini