1) Microsoft Office, Online, Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 9, 16, 18 & 29.2.2020

Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi & 3.00 petang - 4 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

24 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada peserta dan memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak (Klik Dengan bijak) seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher, Power Point supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus.

Meningkatkan kemahiran menaip, mencari maklumat di internet dengan betul dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan perkakas komputer.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan perkakas komputer supaya mereka dapat menggunakan  dengan lebih cekap lagi.

Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Publisher & Power Point. Seterusnya peserta diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan semua fungsi yang ada pada setiap Micrososft Word.

Selain itu, peserta juga bermain permainan pendidikan berkaitan soalan Klik dengan Bijak dan pengetahuan am.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan ( Ms Office, Online, Gmail, E-kerajaan, E-Perniagaan)

Tarikh : 3, 5, 6, 8, 12, 19, 13, 18 & 26.2.2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 tengahari & 3.00 - 4.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 19 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online sera perniagaan online.

Aktiviti

  • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info.
  • Peserta mencipta resume (ms word) yang bersuaian mangikut tahap kemahiran dan pendidikan untuk memohon pekerjaan. Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, permohonan pekerjaan online.
  • Peserta turut membuat permohonan kerja dalam jobmalaysia & menjawab peperiksaan spa.gov.my

Gambar Disini

 

3) Promosi MyFreeview & Dashboard Kamuniti - Myhealth Bersama Pusat Internet Jengka 3

Tarikh : 28.2.2020

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  10 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

  • Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri dengan memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain.

 

Tayangan video turut ditayangkan untuk memberi sedikit informasi kepada peserta yang hadir.


Aktiviti

  • Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan). Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. (Video Tip Penjagaan Kesihatan : Diabetes)

Gambar Disini