1) Kelas Keusahawanan (E-kerajaan & Klik Dengan Bijak)

Tarikh : 2, 24 & 29.4.2020

Masa : 10.00 – 12.00 pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 15 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas (belia & dewasa) untuk meningkatkan pengetahuan penggunaan ICT secara dalam talian (online) dalam menghadapi cabaran PKP Covid19 (#stayathome #staysafe)

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online serta perniagaan online.

Aktiviti

      • Peserta-peserta menyertai group whatapps Pusat Internet Felda Jengka 3. Mereka diajar secara maya tentang cara-cara mengakses laman sesawang seperti sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan berita palsu dalam menghadapi pendemik covid19.
      • Peserta-peserta juga turut diajar cara-cara mendaftar iakuan & ilestari (https://www.kwsp.gov.my) untuk memohon pengeluaran duit kwsp.
      Beberapa peserta melayari website ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/ untuk membuat pembayaran zakat fitrah Pahang secara dalam talian.